Castrol raikan juara kebangsaan pertandingan Castrol Asia Pasific Cars Super Mechanic 2018

oleh Mohamad Hanif|
Tiga orang mekanik daripada Wilayah Utara berjaya mendapat tempat sebagai Juara Utama Kebangsaan Pertandingan Castrol Asia Pacific Cars Super Pechanic 2018 apabila berjaya menewaskan sembila orang mekanik kereta profesional lain dari tiga wilayah di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh kumpulan mekanik daripada Wilayah Selatan dan Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia. 

Trio mekanik tersebut, Low Pai Khoon, Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun membawa pulang hadiah utama berupa tiga buah skuter Vespa Primavera bernilai RM51,000 setiap satu. 

Ketika ditemubual, ketua pasukan Low Pai Khoon menyifatkan pertandingan tersebut adalah mencabar kerana mereka perlu bersaing dengan para mekanik yang terbaik dan paling berpengalaman di Malaysia.

"Kami berasa amat berbesar hati untuk mewakili Malaysia ke pusingan seterusnya, segala persiapan kini sedang dilakukan bagi merebut peluang bekerja dengan mekanik terbaik di dunia dalam F1," tambah beliau. 


Ketiga-tiga mereka akan mewakili negara ke Peringkat Akhir Castrol Rantau Asia Pasifik yang akan berlangsung di Kuala Lumpur untuk bersaing menentang mekanik handalan daripada negara Asia Pasifik yang lain dan membuktikan mereka mekanik yang terbaik di rantau ini, serta merebut peluang untuk menyertai kru pit Pasukan Formula 1 Renault ketika perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura, September ini. 

Pertandingan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic diadakan untuk mencari dan mengenal pasti mekanik terbaik di setiap rantau menerusi kemahiran teori dan praktikal di dalam bidang tersebut. 
 


Sebagai tambahan dan persediaan untuk pertandingan ini, para mekanik telah menjalani sesi taklimat dan latihan, dan juga akses kepada alatan dan teknologi terkini dalam penyelenggaraan kereta daripada pakar industri dari The School of Skills. 

Pusingan seterusnya bakal diadakan pada 9 September di Kuala Lumpur dan turut menyaksikan kehadiran para mekanik handalan dari India, Indonesia, Singapura dan juga Thailand. 

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi Castrol di alamat www.castrol.com.my

Berita Berkenaan

Pelancaran
Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1…
Berita Domestik
Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan A/L…
Informasi
  Menurut Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, “Di Castrol, kami…