Casio lancar jam tangan A100WEPC edisi game retro PAC-MAN!

oleh Mohamad Hanif|
Casio secara rasmi mengumumkan pelancaran jam tangan A100WEPC menerusi kolaborasi bersama permainan ikonik PAC-MAN yang amat popular di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan Casio A100WEPC ini dibangunka menggunakan asas daripada jam digital F-100 yang asalnya mula dijual pada tahun 1978, dan pada ketika itu F-100 merupakan jam tangan Casio pertama didatangkan dengan casis resin serta menawarkan fungsi termaju seperti jam randik dan kalendar.

 


Dengan rekaan F-100 yang diperbaharui, jam tangan A100WEPC ini menampilkan susunan empat butang fungsi dengan rekaan retro yang diinspirasikan daripada permainan PAC-MAN, seperti karakter berpiksel PAC-MAN, karakter hantu dan logo ILLUMINATOR di tengah yang menggunakan fon PAC-MAN.

Rekaan muka hadapan jam tangan ini sememangnya menyerupai antara muka permainan PAC-MAN dengan butiran seperti garisan merah jambu, serta casis bersalut emas yang merujuk kepada permainan arked PAC-MAN.

Butiran yang sama turut dipaparkan pada bahagian tali jam, serta case back yang menampilkan logo dan ikon PAC-MAN.

 


Setiap pembelian akan didatangkan dengan pakej pembungkusan yang menarik dihiasi dengan ikon PAC-MAN.

Permainan PAC-MAN dilancarkan secara rasmi oleh BANDAI NAMCO pada tahun 1980, dan ia kemudian menjadi permainan yang paling popular di dunia dan pada tahun 2005, PAC-MAN diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai permainan arked yang paling berjaya di dunia.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…