Cas EV sepantas isi minyak? Ford dan Universiti Purdue sedang buat kajian

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kajian Ford dan Universiti Purdue
Kajian Ford dan Universiti Purdue
Satu perkara yang dibangkitkan mengenai kenderaan elektrik ialah tempoh masa pengecasan. Setakat ini ianya tidak tertanding dengan pengisian bahan bakar yang pantas dan mudah.

Satu alternatif lain ialah kaedah penukaran bateri (battery swap) namun lebih mudah dibuat untuk motosikal.

Bagaimana jika satu hari nanti tempoh pengecasan berjaya dibuat sependek mengisi bahan bakar?

Ini yang sedang dikaji oleh Ford dan penyelidik dari Universiti Purdue di Amerika Syarikat.

Melalui kajian secara bersama, penyelidik dari kedua-dua organisasi sedang berusaha membangunkan kabel untuk pusat pengecasan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Mustang Mach-E GT

 

Kenapa tidak boleh cas cepat sangat?

Pengecasan melibatkan arus elektrik dan sifatnya langsung berbeza dengan minyak petrol atau diesel.

Menurut Ketua Teknikal Kanan, Penyelidikan dan Kejuruteraan Termaju Ford, Michael Degner, kemampuan untuk mengecas dengan pantas terhad disebabkan bahaya terlampau panas (overheat).

Menurut beliau lagi, lebih tinggi arus maka lebih banyak jumlah haba perlu disingkirkan untuk memastikan kabel berfungsi.

Apa penyelesaian yang boleh diambil?

 

Kajian Ford dan Universiti Purdue

 

Penyelidik di Universiti Purdue sedang mengfokuskan kepada kaedah penyejukan alternatif dengan merekabentuk kabel pengecasan yang mampu menampung arus lebih tinggi.

Kabel tersebut menggunakan agen penyejukan aktif yang mampu mengekstrak lebih banyak haba daripada kabel dengan menukar cecair kepada wap.

Kaedah penukaran tersebut yang membezakannya dengan teknologi penyejukan cecair sekarang ini.

Cas EV sepantas pengisian di stesen minyak

Inovasi tersebut jika berjaya direalisasikan akan membantu pengecasan kenderaan elektrik sepantas pengisian di stesen minyak.

Idea untuk teknologi ini asalnya dari pemahaman Ford tentang cabaran untuk mengecas dengan lebih pantas dan kepakaran yang ada pada penyelidik Universiti Purdue.

 

Ford Mustang Mach-E GT

 

Menurut Profesor Kejuruteraan Mekanikal Betty Ruth dan Milton B. Hollander Family, Universiti Purdue, Issam Mudawar, tempoh pengecasan boleh menjadi punca keresahan kepada mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kenderaan elektrik.

Tempoh pengecasan mengambil masa bermula dari 20 minit di stesen pengecasan dan berjama lamanya di rumah.

Beliau juga memaklumkan bahawa makmalnya mempunyai penyelesaian terhadap isu haba yang dihadapi sekarang.

Makmal beliau berhasrat untuk mula menguji prototaip kabel pengecasan dalam dua tahun akan datang bagi mengenalpasti lebih banyak kepantasan kelajuan spesifik untuk beberapa model kenderaan elektrik.

 

Ford Mustang Mach-E GT

 

Ford banyak buat kajian secara bersama dengan profesor universiti

Kerjasama dengan Universiti Purdue ini adalah satu daripada ratusan pakatan strategik yang dibuat dengan profesor universiti di serata dunia.

Kerjasama sebegini juga membuka peluang kepada para pelajar bagi mempelajari cabaran dunia sebenar dan memperkenalkan Ford kepada mereka yang memilih untuk memulakan kerjaya bersama syarikat itu.

Menurut Pengurus Subsistem Elektrifikasi dan Penyelidikan Bekalan Tenaga Ford, Ted Miller, Ford telah terlibat dalam penyelidikan bateri dan kenderaan elektrik sejak era Henry Ford dan Thomas Edison lagi.

Beliau turut berkongsi Ford mempunyai lebih 2,500 paten di Amerika Syarikat berkenaan teknologi elektrifikasi dan ada lagi lebih 4,000 paten yang sedang menunggu pengesahan paten.

Bila boleh diguna orang awam?

 

Mustang Mach-E GT Performance Edition.04

 

Apa yang pasti bukan dalam masa terdekat. Kerja-kerja penyelidikan biasanya memakan masa yang lama. 

Profesor Issam Mudawar terlibat dalam membangunkan kaedah lebih cekap bagi menyejukkan elektronik dalam tempoh 37 tahun lepas.

Fokus beliau ialah bagaimana cecair dapat menangkap haba apabila dipanaskan kepada wap.

Berjaya atau tidak? Apa yang jelas konsep mengekstrak haba daripada kabel dengan menukar cecair kepada wap memang menarik!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…