California uji penggunaan nombor pendaftaran digital pada kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
California kini menjadi cawangan JPJ pertama di luar negara apabila memperkenalkan siri percubaan nombor pendaftaran digital pada kenderaan di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Plet digital tersebut menggunakan teknologi paparan e-ink yang sama digunakan pada Amazon Kindle bagi menggantikan sistem nombor pendaftaran konvensional.

Dengan kos permulaan mencecah $699 (RM2,780++) untuk setiap pendaftaran dengan yuran bulanan sebanyak $7 (RM28++), pengguna kenderaan akan mendapat sekeping 'ipad' yang memaparkan nombor pendaftaran, kemaskini trafik terkini dan juga alat pengesan terbina dalam yang akan memberikan info sekiranya kenderaan tersebut dicuri. 

Dalam masa yang sama, unit plet digital itu juga mampu menjadi platform pengiklanan yang boleh dibaca oleh pengguna lain ketika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. 
 

 


Sebanyak 175,000 unit percubaan nombor pendaftaran digital tersebut telah pun diedarkan di sekitar California.

Manakala cawangan utama JPJ di Malaysia masih belum menerima khabar berita berkenaan perlaksanaan ini, disebabkan terlalu banyak huruf dan abjad yang belum diluluskan oleh JPJ untuk didaftarkan kepada umum. 

Mungkin ia lebih afdal sekiranya ia memaparkan nombor telefon pemilik kenderaan supaya lebih senang untuk dihubungi bagi segera mengalihkan kereta mereka yang suka benar 'double park' di kawasan bandar. 
 


Err, maaf. Ini bukan double park yang penulis maksudkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…
Berita Domestik
Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah, bidaan tertinggi ialah untuk nombor CEE 7 dan CEE 9…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap…