CAAM: Arahan baharu dron Februari ini

oleh SALINA JALIL|
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) CAAM Zainul Abidin Maslan, berkata penguatkuasaan peraturan baharu akan memerlukan proses berulang-ulang seperti pendaftaran, kebenaran dan pengawasan bagi meraih masa depan yang cerah dalam industri dron di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, proses-proses lain perlu dilakukan secara dalam talian atau menerusi platform pengurusan trafik tanpa pemandu.

 

"Kami berharap dapat mengumumkan (arahan ini) pada Februari ini.

 

"Peraturan baharu ini akan turut menyediakan panduan yang mencukupi bagi memastikan hanya pengendali yang cekap mempunyai hak dan kelulusan untuk mengendalikan dron bagi kegunaan industri," katanya pada Sidang Kemuncak UAV Maya Pertama Dunia 2021 semalam.

 

Kira-kira 300 peserta menyertai sidang kemuncak itu dengan pembabitan penceramah dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Greece, Romania, Perancis dan Belgium.

 

Pihak berkuasa kawal selia tempatan yang turut serta dalam sidang kemuncak itu termasuk CAAM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber Negara Malaysia.

 

Zainul berkata, aktiviti pesawat tanpa pemandu di Malaysia pada ketika ini terikat dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautika 04/2008.

 

 

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penerbitan EAD oleh EASA adalah ekoran kemalangan maut membabitkan pesawat…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat…
Informasi
Katanya, tindakan semakan membabitkan Peraturan 147, Peraturan Penerbangan Awam (CAR) 2016 itu…