BYD Malaysia lancar pembukaan 2 pusat pameran di Kedah, Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
BYD Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi dua buah pusat pameran, masing-masing bertempat di Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikendalikan oleh Regas EV Auto Sdn Bhd, bilik pameran 1S yang terletak di dalam pusat membeli belah City One Megamall Kuching itu mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi, dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
 

BYD


Sokongan selepas jualan turut disediakan, di mana pelanggan boleh berkunjung ke pusat servis BYD yang terletak di Jalan Tun Jugah, lengkap dengan dua ruang servis.

Para pelanggan yang berada di utara boleh berkunjung ke pusat servis 3S di Alor Setar, Kedah yang dikendalikan oleh Hong Thai Motor Trading Sdn Bhd.
 

byd


Pusat 3S BYD di Alor Setar itu bukan sahaja menyediakan ruang pameran, akan tetapi turut dilengkapi dengan lima ruang servis dan tidak ketinggalan bantuan alat ganti untuk para pelanggan BYD.

BYD Alor Setar terletak di No. 222, Lot 89, Phase II, Perusahaan Mergong, Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan Mergong II, 05150 Alor Setar, Kedah, dan dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
 

byd


Perkhidmatan servis pula tersedia dari hari Isnin hingga Sabtu, jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Sehingga kini, BYD Malaysia telah mempunyai 12 pusat pameran di seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia melihat dengan lebih dekat dua buah model yang telah dilancarkan sebelum ini, iaitu BYD Atto 3 dan BYD Dolphin.

 

BYD Kuching, Sarawak

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk makluman, 800 tempahan BYD SEAL akan menerima kemudahan pengecasan Gentari atau ChargEV…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…