Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis penyerahan besar-besaran di Stadium Negara Bukit Jalil.
Menurut Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, “Sambutan yang julung kali diadakan ini menandakan satu mercu jaya penting dalam pemasaran kenderaan elektrik Malaysia (EV), mencerminkan tahap populariti dan penerimaan EV yang semakin meningkat di negara ini.
"Kami sukacita untuk mengekalkan momentum penyerahan BYD ATTO 3 kami kepada pelanggan, dan hari ini merupakan satu majlis yang bertujuan meraikan semua pemilik kereta baharu. Kami akan terus memacu pertumbuhan permintaan EV di seluruh segmen pasaran kami.”

Selain itu, BYD Malaysia baru-baru ini telah membuka bilik pameran terbaharu di Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Mempunyai ruang seluas 1,500 kaki persegi, pusat pameran ini juga menyediakan kemudahan yang selesa untuk pelanggan, sesi pandu uji model EV BYD Atto 3, serta stesen pengecasan percuma di tingkat 6 plaza tersebut.
Terdapat pusat khidmat selepas jualan BYD yang terletak di Sungai Pinang, mempunyai keluasan 20,000 kaki persegi yang menyediakan perkhidmatan alat ganti, membaiki dan mengecat badan kenderaan.
Untuk pasaran Malaysia, BYD Atto 3 boleh didapati dalam versi Standard Range (RM149,800) dan Extended Range (RM167,800), serta pilihan warna Surf Blue, Parkour Red, Boulder Grey, Forest Green dan Ski White.