BYD dan Toyota bergabung untuk membina kenderaan elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pembuat kenderaan elektrik (EV), BYD Co Ltd dan syarikat kenderaan nombor satu Jepun, Toyota telah bersetuju untuk mewujudkan satu usahasama bagi merekabentuk dan membina bateri-bateri untuk EV dalam mempertingkatkan usaha mereka untuk menghasilkan kenderaan bebas asap.

Di dalam satu kenyataan, kedua-dua syarikat itu akan melabur 50 peratus setiap seorang untuk menghasilkan modal yang diperlukan.
Modenas

Syarikat usahasama itu akan dibuat tahun hadapan dan akan beribu-pejabat di China.

Nilai pelaburan bagaimanapun tidak dinyatakan.

Walaupun Toyota dikatakan lambat dalam usaha serius ke arah kenderaan EV, ia sudah mengumumkan untuk memastikan separuh jualan globalnya adalah dari kenderaan elektrik (termasuk hybrid) menjelang 2025 - lima tahun lebih awal dari perancangan awal.

Usahasama dengan BYD bagaimanapun lebih berteras kepada kenderaan EV 100 peratus dan bukannya hybrid.

Syarikat itu akan membina kenderaan-kenderaan EV dari genre sedan dan SUV untuk pasaran China sebelum tahun 2025, dan ia akan menggunakan jenama Toyota.

Toyota juga akan meneruskan projek kenderaan hydrogen fuel cell dan akan melancarkan model-model kenderaan fuel cell itu dengan rakan kongsi dari China, Guangzhou Automobile Group (GAC) dan FAW Group.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kata-kata itu diungkapkan oleh pengarah Shigeki Terashi sebagai respon kepada persoalan pelabur…
Model Terbaharu
Menurut Toyota, mereka mempunyai dua objektif utama di dalam membangunkan SUV baharu ini, satu…
Berita Global
Ia berikutan seorang jurutera muda berusia 28 tahun yang dilaporkan telah membunuh dirinya pada…