DEFTECH dijangka akan menjadi hab serantau bagi pengeluaran bas SQC EV di masa hadapan. Bas SQC EV menggunakan teknologi yang berbeza berbanding bas EV lain yang beroperasi di Malaysia, dan mungkin di rantau ASEAN. Sistem Super Quick Charging (SQC) hanya memerlukan 10 minit untuk dicaj sepenuhnya antara setiap perjalanan (purata 30km) melalui overhead pantograph. Kebanyakkan bas komersial EV lain secara umumnya memerlukan tempoh semalaman untuk dicaj semula (dianggarkan 6-8 jam) untuk beroperasi secara optimum.
Mendapat sokongan penuh dari pelbagai kementerian dan agensinya, terutamanya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan Jabatan Pengangkutan Jalan, projek ini adalah langkah pertama dalam menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai sebuah bandar hijau .
Setakat ini, DEFTECH telah diamanahkan untuk mengeluarkan 11 unit bas Setingkat EV. Sebanyak 8 unit bas telah diserahkan kepada PPj dan telah pun beroperasi, manakala baki 3 unit dijadualkan akan dihantar pada tahun 2018.
Bas Putra NEDO EV dikendalikan oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (Nadiputra), iaitu anak syarikat milik penuh PPj, yang menjalankan perkhidmatan di kawasan Putrajaya.
*gambar dari Utusan Malaysia Online