Bugatti Chiron Super Sport Golden Era - versi one-off tampilkan lakaran istimewa sejarah Bugatti

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bugatti telah mendedahkan satu lagi karya agung mereka yang menggunakan asas Chiron Super Sport, di mana ia digelar sebagai Golden Era.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bugatti Chiron Super Sport Golden Era hadir dengan ciri unik di mana ia menampilkan 45 lakaran model-model Bugatti terdahulu dan terkini yang dilukis secara teliti dengan tangan di bahagian luar dan dalaman hypercar tersebut.

Ini merupakan satu lagi model istimewa dari program Bugatti Sur Mesure untuk pelanggan yang sangat penting, yang menghubungi mereka melalui pengedar di Greenwich, Connecticut.

 

2

 

Menurut Bugatti, Golden Era merupakan projek tempahan yang paling mencabar, di mana bahagian luaran sahaja mengambil masa lebih 400 jam untuk diselesaikan.

Projek Golden Era diketuai oleh Achim Anscheidt, yang baru-baru ini telah bersara daripada jawatan Pengarah Reka Bentuk Bugatti.

 

3

 

Menurut beliau, permintaan pelanggan adalah untuk mencipta sesuatu yang unik bagi meraikan Chiron Super Sport kerana dia menganggapnya sebagai "momen mercu tanda dalam dunia automotif".

Oleh itu, pasukan reka bentuk telah mencadangkan konsep lakaran tangan pada kerja badan, dan terhasilnya model one-off Golden Era.

 

6

 

Bagi merealisasikan model istimewa itu, Bugatti telah membangunkan teknik baharu untuk melukis lakaran pada badan Chiron tersebut menggunakan pensel yang mengambil masa amat lama.

Selain menghasilkan kualiti dan kemasan terbaik, grafik yang terhasil diperlukan untuk bertahan sepanjang hayat hypercar tersebut yang pastinya akan banyak menghabiskan masa di bawah bumbung.

 

5

 

Di bahagian penumpang terdapat 26 lakaran dengan model ikonik termasuk Type 41 Royale dan Type 57 SC Atlantic.

Manakala bahagian pemandu menampilkan 19 lakaran daripada model era terbaharu Bugatti kereta termasuk EB110, Veyron, Chiron, Divo, Centodieci dan La Voiture Noire.

 

4

 

Warna emas yang ditempah khas dipanggil Doré telah dipilih sebagai asas untuk lakaran, digabungkan bersama warna metalik Nocturne Black yang meliputi bahagian hadapan kereta.

Pada bahagian dalaman juga, lakaran model-model Bugatti diteruskan pada bahagian kemasan pintu, pada bahagian pemandu ia menampilkan model EB110, Veyron dan Chiron, manakala bahagian penumpang menampilkan model kereta lumba Type 35, Type 57 SC Atlantic dan Type 41 Royale.

 

7

 

Bahagian kabin turut menampilkan warna kulit dwi-tona yang digabungkan dengan gentian karbon matte, serta jahitan "Golden Era" pada tempat duduk dan plat tahun kelahiran setiap model Bugatti di bahagian sisi.

Bugatti Chiron Super Sport Golden Era akan diserahkan kepada pemilik misterinya di Monterey Car Week di mana ia akan dipamerkan antara bersama beberapa model eksotik lain.

 

8

 

Bagaimanapun, Bugatti tidak mendedahkan harga model one-off itu tetapi memandangkan masa dan usaha yang dilaburkan dalam livery tempahan istimewa itu, ia semestinya jauh lebih mahal berbanding Chiron Super Sport biasa yang berharga USD3.5 juta (RM16 juta).

Bugatti hanya menghasilkan 60 unit Super Sport, di antara jumlah keseluruhan 500 unit Chiron.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta…
Berita Global
Mistral mengambil inspirasi daripada nama sebuah angin yang wujud di selatan Perancis, dan menurut…