Bosch Malaysia sumbang RM50,000 kepada Yayasan Sunbeams Homes

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pembekal teknologi dan perkhidmatan global terkemuka, Bosch telah menyumbang RM50,000 kepada Yayasan Sunbeams Home (YSH) untuk peningkatan kemudahan, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek itu meliputi pengubahsuaian perpustakaan dengan reka bentuk dalaman, perabot baharu, dan sistem perpustakaan untuk menguruskan lebih 2,000 judul buku, serta naik taraf pusat pembelajaran dengan penggantian lantai, pembaikan kritikal bilik mandi dan siling.

Ditubuhkan pada tahun 1995, YSH ialah sebuah yayasan yang menyediakan tempat perlindungan, penjagaan perubatan, dan pendidikan kepada kanak-kanak yang mengalami penderaan, pengabaian, atau kehilangan ibu bapa.

 

2

 

Bosch Malaysia, didorong oleh slogan "Dicipta seumur hidup", berkongsi Visi dengan YSH untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai dan menyokong misi untuk menyediakan rumah yang kondusif kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Berdasarkan Laporan Status Hak Kanak-kanak di Malaysia 2019, 1,000 kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak setiap tahun.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga mengumumkan peningkatan angka tersebut pada tahun 2021, kepada lebih 4,600 kanak-kanak.

 

3

 

Dengan anggaran 13,700 kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim dan institusi di negara ini dan mereka yang tinggal di institusi tidak berdaftar, Malaysia berpotensi menempatkan 50,000 kanak-kanak terpinggir.

YSH menempatkan 104 kanak-kanak, berumur 2 hingga 18 tahun di kedua-dua rumahnya di Kuala Lumpur dan Alor Gajah, Melaka.

Tentu sekali dalam usaha tersebut, ia memerlukan usaha mengumpul dana melalui usaha berterusannya iaitu Kempen Sehari RM1 bagi menyokong operasi harian organisasi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program tersebut telah diadakan di MISAR Academy bertempat di Kuala Lumpur, di mana ianya telah…
Berita Domestik
Bosch dikatakan berhasrat untuk melabur kira-kira 350 juta EUR (RM1.62 bilion) bagi tapak…
Berita Domestik
Bersempena dengan acara berprestij itu, Bosch telah mengadakan satu peraduan iaitu #BoschJaguhBola…