Bosch lancar hon H3F Digital Fanfare, dari RM89.90

oleh Penyumbang Rencana|
Bosch merupakan salah satu jenama yang menghasilkan banyak komponen kecil pada kenderaan. Kebiasaannya, terdapat beberapa komponen dalam kereta dari Bosch yang didatangkan dari kilang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebanyakan komponen Bosch yang terdapat pada kereta ialah seperti pam klac, pam brek, pad brek, relay, hon dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Bosch telah memperkenalkan produk baru mereka, iaitu H3F Digital Fanfare Horn.

Hon baru ini dikatakan mempunyai penggunaan arus yang rendah, dengan 30 peratus lebih rendah berbanding hon kereta biasa.

Dengan menggunakan ‘The Power Of Digital’, H3F Digital Fanfare didatangkan dengan ciri-ciri:

  • Teknologi mikrocip inovatif untuk kualiti bunyi yang dipertingkatkan
  • Tahan sepuluh kali lebih lama daripada hon mekanikal konvensional
  • Bunyi dan prestasi yang stabil walaupun dengan hon berterusan yang panjang
  • Tahan kakisan dengan teknologi Nano-Filter
  • Tahan terhadap persekitaran yang berubah

Untuk masa terhad, H3F Digital Fanfare boleh didapati dengan harga RM 89.90, tersedia di kedai rasmi Bosch Autoparts melalui aplikasi Shopee dan Lazada.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesi bual bicara ini terbahagi kepada beberapa segmen yang merangkumi penyelenggaraan kenderaan,…