Bos Toyota Akio Toyoda akui 'tidak begitu gembira' dengan revolusi EV

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bukanlah sebuah syarikat yang aktif dalam mengikuti trend peralihan kepada tenaga elektrik, hanya baru-baru ini sahaja pengeluar automotif Jepun itu mengumumkan pelan untuk melancarkan dua buah EV (Toyota dan Lexus).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun disebalik itu, Presiden Toyota Akio Toyoda nampaknya tidak begitu gembira dengan perubahan trend yang sangat drastik itu.

Cucu kepada pengasas Toyota itu juga percaya bahawa kenderaan elektrik berkuasa bateri itu bukan sahaja dipromosikan secara berlebihan, malah ia "mampu memusnahkan industri automotif semasa".

Ketika berucap di persidangan Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA), beliau menjelaskan syarikatnya tidak begitu berminat untuk mengikuti jejak langkah pesaing seperti GM dan Volkswagen.

Antara sebabnya adalah kos pemilikan EV yang masih lagi tinggi, selain mempersoalkan kesannya terhadap alam sekitar.

 


Akio turut menyebut Jepun kini tidak mempunyai bekalan elektrik yang mencukupi untuk menampung keperluan tersebut, terutama ketika musim panas.

Sehingga dekad yang lalu, Jepun mungkin mampu untuk menghasilkan tenaga yang mencukup dengan bantuan tenaga nuklear, namun semenjak insiden Fukushima pada tahun 2011, negara tersebut kini memfokuskan kepada penggunaan arang batu dan gas asli untuk menjana tenaga.

Ini ditambah pula dengan timbulnya berita di mana Jepun juga sedang merancang untuk menamatkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang tahun 2030.

Eropah pada mulanya mahu menghentikan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman bermula tahun 2040, sebelum sasaran tersebut diubah ke tahun 2035 sebelum akhirnya diubah semula ke satu tarikh yang lebih awal - 2030!

 


Akio Toyoda turut memberikan amaran berkenaan soal harga yang masih lagi premium untuk teknologi bateri, namun analisis dari pakar seperti Boston Consulting Group telah memberikan ramalan bahawa harga EV sepatutnya mampu menyamai harga kenderaan petrol menjelang sepertiga akhir dekad ini.

Ironinya, disebalik kenyataan tersebut Toyota sebenarnya masih lagi merupakan peneraju utama di dalam elektrifikasi kenderaan moden, malah Toyota Prius masih lagi mempunyai reputasi baik sebagai mod pengangkutan hijau dari tahun ke tahun.

Malah, Toyota juga turut mempunyai program tersendiri yang mampu menjadi kunci utama penurunan kos penghasilkan EV.

Menurut laporan terbaharu dari Nikkei, Toyota bakal mengumumkan hasil keputusan program pembangunan bateri jenis solid-state  yang dikatakan mampu mengurangkan kos, meningkatkan jarak operasi serta mengurangkan masa pengecasan yang masih lagi terlalu lama.

Sumber: The Detroit Bureau

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…