Pengeluar motosikal itu menerima tiga anugerah iaitu Prestasi Keselamatan Luar Biasa (<2000cc) untuk Honda Vario160, Anugerah Teladan bagi Sumbangan Penyelidikan Keselamatan Motosikal dan Kecemerlangan dalam Pematuhan Produk.
Selain itu, BSH turut menerima lima bintang untuk Honda Vario160, Honda ADV160, Honda CBR150R dan Honda RS-X, semuanya dilengkapi dengan ABS.
Manakala, Honda BeAT dan Honda Vario125, yang menampilkan Sistem Brek Combi (CBS) Honda yang unik, memperoleh 3 bintang.
Honda adalah satu-satunya jenama dalam segmen 125cc yang menerima anugerah 3 bintang ini untuk CBS yang inovatif.
Pengiktirafan berprestij ini menggariskan komitmen Honda terhadap keselamatan, dinilai merentasi empat tonggak merangkumi peraturan UNECE, Pematuhan Pengeluaran, Ciri Keselamatan dan Program Sokongan.