Bollinger B2CC - trak elektrik komersial saiz medium (Class 3) diperkenalkan

oleh Mohamad Hanif|
Bollinger baru-baru ini telah memperkenalkan platform trak komersial Class 3 jenis chassis-cab yang mampu diaplikasikan kepada pelbagai jenis kegunaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, mengikut klasifikasi penilaian berat kasar kenderaan (GVWR) di Amerika Syarikat, trak Class 3 merupakan trak bersaiz medium dengan had berat di antara 4,536 kg sehingga 6,350 kg.

Pesaing di dalam trak medium Class 3 ini terdiri daripada Chevrolet Silverado, Ford F-350, serta Ram 3500 (sekadar menyebut beberapa contoh).

 


Dibangunkan berdasarkan platform papan selaju yang turut sama digunakan pada model B1 dan B2, varian baharu ini dikatakan merupakan model Class 3 pertama di dunia dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya.

Model B2CC bakal hadir dengan model dua pintu dan empat pintu, serta beberapa konfigurasi jarak antara roda untuk disesuaikan dengan kegunaan di dalam bidang komersial.

 


Seperti model-model Bollinger sedia ada, Bollinger B2CC juga akan tampil dengan ciri inovatif terowong di bahagian tengah bertujuan untuk memuatkan barangan yang lebih panjang.

Bollinger B2CC dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 120 kWh yang menyalurkan sumber tenaga kepada sepasang motor elektrik, dengan sistem pacuan semua roda dan keupayaan untuk pemanduan off-road.

 


Atas kertas, ia mampu menjana kuasa setinggi 614 kuasa kuda dan daya kilas 906 Nm, dan keupayaan untuk memecut sepantas 4.5 saat dari 0-96 km/j.

Antara ciri standard yang didatangkan termasuklah pengecasas on-board 10 kW, sistem pengurusan haba terintegrasi, ABS hidraulik dan sistem suspensi yang hadir dengan ciri self-levelling.

Bollinger tidak menyatakan bilakah trak pikap komersial ini akan dipasarkan di Eropah, namun tempahan akan mula dibuka menjelang akhir 2021.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Bollinger, trak pikap B2 ini menggabungkan segala…
Berita Global
Dunia semakin ke arah kenderaan elektrik atau EV dan sekiranya Lara Croft masih mahu meneruskan…