Bollinger Motors umum trak pikap elektrik baharu B2

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun secara jelasnya Bollinger B1 dengan rekaan ala-ala Land Rover berkotak masih belum direalisasikan kepada fasa produksi, syarikat Bollinger Motors kini mengumumkan trak pikap baharu B2 berkuasa elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Menurut kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Bollinger, trak pikap B2 ini menggabungkan segala input yang diperoleh daripada pembangunan prototaop B1, untuk menjadikan versi produksi B2 lebih sempurna. 
 


Berkongsi DNA (dan rekaan kotak) yang serupa, trak pikap B2 juga menampilkan sistem pacuan semua roda, motor elektrik berkembar, sistem suspensi jenis hydropneumatic yang boleh diubah ketinggian daripada serendah 10 inci kepada 20 inci dan juga pek bateri berkapasiti 120 kWh. 

Ia juga turut menampilkan katil belakang bersaiz 1.23 meter x 1.72 meter yang mampu memuatkan kargo kayu plywood sebanyak 72 keping dengan had muatan 2,268 kg.

Menurut Bollinger Motors, B2 akan memulakan fasa produksi pada tahun 2020 bersama trak pikap B1 dan tempahan sudah boleh dibuat menerusi laman web rasmi Bolingermotors.com.

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai makluman, mengikut klasifikasi penilaian berat kasar kenderaan (GVWR) di Amerika Syarikat,…
Berita Global
Dunia semakin ke arah kenderaan elektrik atau EV dan sekiranya Lara Croft masih mahu meneruskan…