#BO55KU dan kaitannya dengan Hafizh Syahrin

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perkataan BO55KU (baca: bossku) sekarang ini begitu popular sehingga kerap kali digunakan bekas pemimpin tinggi negara. Bagaimana perkataan ini bermula?

Penggunaan bosku popular di Sabah sebelum ia merebak ke serata Malaysia. Malah, perkataan bos itu sendiri popular di kalangan rakyat Malaysia manakala dialek 'boh' pula biasa digunakan sebagai ganti nama oleh rakyat negeri Kelantan dan Terengganu.

Ganti nama bos adalah sebagai tanda penghormatan dan adab rakyat Malaysia kepada individu yang dirujuknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hafizh Syahrin Kredit foto KTM Malaysia

 

Turut membantu mempopularkan perkataan ini ialah Hafizh Syahrin, pelumba pertama MotoGP negara.

Ejaan BO55KU mempunyai maksud tersendiri buat Hafizh Syahrin.

Pada 31 Januari lalu, portal crash.net merungkai perkataan BO55KU dan diajukan sendiri kepada Hafizh Syahrin pada sesi bersama media di Litar Antarabangsa Sepang.

Bagaimana BO55KU bermula?

Menurut Hafizh tarikh lahir beliau ialah 5/5/1994. Seperti Marc Marquez yang lahir pada tahun 93 dan menggunakan nombor tersebut, beliau menggunakan formula sama iaitu 55 (5/5) untuk motosikalnya.

Ia adalah nombor bertuah buat Hafizh dan mempunyai maksud besar untuk beliau. 

 

Hafizh Syahrin Kredit foto KTM Malaysia

 

Perkataan #BO55KU pula bermula pada permulaan MotoGP musim 2018 apabila beliau berlatih dengan pasukan perlumbaan basikal kebangsaan. 

Dalam sesi latihan tersebut mereka kerap menggunakan perkataan 'Bossku, Bossku'... ibarat memanggil 'bro' atau 'boss'.

Jadi Hafizh pun menggantikan dua huruf S dalam Bossku kepada 55 seterusnya #BO55KU di dalam hantaran media sosial milik beliau.

Hafizh baru sahaja menggunakan perkataan #BO55KU di dalam media sosial dan ia begitu masyhur sehingga sinonim kepada beliau.

 

Hafizh Syahrin Kredit foto KTM Malaysia

 

Malah, ada satu kejadian di mana seorang 'Mat Saleh' datang untuk melihat motosikal retro di bilik pameran di Ampang dan merujuk Hafizh sebagai bossku.

Selain #BO55KU, Hafizh juga popular dengan Pescao atau ikan dalam bahasa Sepanyol yang merujuk keupayaan beliau menunggang dalam cuaca basah.

Steady B055KU!

Kredit foto: KTM Malaysia

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…