BMW Shop Online - pengalaman pembelian dalam talian dari BMW

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan era digital, BMW Malaysia melancarkan platform dalam talian baharu dikenali sebagai BMW Shop Online dan BMW Engage di mana ia menawarkan pengalaman pemilikan premium serba baharu di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya saluran baharu ini, BMW Malaysia kini menggiatkan lagi kempen 'Unplug & Play' dengan penawaran lebih banyak model seperti BMW 530e Sport dan juga BMW 530e M Sport.

Tawaran 'Unplug & Play' ini merangkumi rebat tunai bermula dari RM10 ribu untuk BMW 530e Sport dan RM20 ribu untuk model 530e M Sport, kadar faedah 0.00 peratus, pengecas BMW i Wallbox, pengecas BMW i Fast Charging Cable (untuk pemilik 530e M Sport) serta peluang untuk memenangi BMW i8 Coupe serba baharu.

Selain daripada itu, tempahan bagi kedua-dua model di atas turut disertai dengan kad BMW ChargeNow yang memberikan akses kepada stesen pengecasan ChargEV yang dikendalikan oleh Malaysian Green Technology Corporation.

 


BMW juga turut menambah dua model yang baharu dilancarkan, iaitu BMW X6 xDrive40i dan BMW 8 Series 840i M Sport ke dalam BMW Shop Online manakala model-model lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Sementara itu, BMW Engage pula merupakan platform pembiayaan dalam talian yang diperkenalkan oleh BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan pra-kelulusan menerusi permohonan di hujung jari.

Tawaran dalam talian ini bermula sekarang sehingga 30 Jun 2020, di mana para pelanggan boleh membuat tempahan untuk BMW 530e Sport dan BMW 530e M Sport dengan harga serendah RM1,000 menerusi laman web BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/

Untuk mendapatkan pra-kelulusan sebelum pembelian, para pelanggan boleh melayari BMW Engage di https://www.bmwfs.my/