BMW naik taraf pengalaman Premium Selection dengan BMW Engage

oleh Mohamad Hanif|
BMW Financial Services Malaysia baru-baru ini mengumumkan lanjutan perkhidmatan BMW Engage ke dalam pengalaman digital BMW Premium Selection selari dengan komitmen titik sentuh perkhidmatan mereka bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang diketahui, BMW Premium Selection merupakan platform digital yang menawarkan pilihan kenderaan premium pra-milik dari portfolio BMW.

BMW Engage merupakan platform aplikasi kewangan digital sepenuhnya yang direka untuk membenarkan pelanggan menyesuaikan pembiayaan kenderaan BMW mereka, serta mendapatkan pra-kelulusan pembiayaan menerusi proses tanpa sentuhan dari rumah.

Dengan adanya BMW Engage, para pelanggan prospektif BMW bakal menikmati proses pra-kelulusan kewangan yang turut merangkumi pengiraan ansuran bulanan, pemberian sebut harga, penghantaran permohonan dan mendapatkan pra-kelulusan.

 

 


Menurut Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia menjelaskan, "ketika BMW Engage diperkenalkan pada awal tahun lalu, ia menunjukkan komitmen kami dalam menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium terhadap pelanggan, dan ia menjadi satu aspek yang sangat penting terutama ketika wabak pandemik COVID-19 melanda.

"Dalam era norma baharu ini, kami amat berbangga dapat meluaskan BMW Engage ke dalam segmen kenderaan pra-milik menerusi portfolio BMW Premium Selection.

 


Sehingga 31 Disember ini, BMW Group Financial Services Malaysia akan menyumbang RM100 kepada program subsidi BMW Safety 360° untuk setiap kontrak yang dibiayai menerusi BMW Engage.

Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga B40 di Malaysia menyediakan solusi keselamatan pada tahap tertinggi untuk anak-anak ketika berada di atas jalan raya.

Model-model BMW Premium Selection boleh dilihat menerusi https://www.bmwpremiumselection.com.my/ manakala BMW Engage boleh diakses menerusi pautan https://www.bmwfs.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…
Berita Domestik
Inisiatif ini akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi setiap kontrak model-model elektrik…
Berita Domestik
BMW Engange, sebuah platform pembiayaan dalam talian yang diperkenalkan oleh BMW Group Financial…