Skuter CE-04 tersebut dilengkapi dengan liveri Police, lampu isyarat LED, lampu isyarat berputar LED di bahagian belakang, kotak storan sisi, kotak storan atas dan sistem siren.

Dengan motor elektrik berkuasa 40.2 hp, skuter elektrik tersebut mampu untuk bergerak sejauh 130 km dengan kelajuan tertinggi 120 km/j, sesuai untuk digunakan ketika melakukan rondaan dalam bandar.

Sementara BMW F 900 XR pula turut mendapat kelengkapan yang serupa, seperti kotak storan sisi, pelindung pelana, lampu isyarat berputar LED di belakang serta sistem siren.
BMW F 900 XR didatangkan dengan enjin parallel-twin bersesaran 895 cc menghasilkan 99 kuasa kuda, dan ia sudah lebih daripada mencukupi untuk kegunaan mengejar penjenayah, atau melakukan tugasan rondaan di atas lebuh raya.

Kedua-dua jentera itu bakal menyertai barisan motosikal BMW Motorrad yang dihasilkan khusus untuk kegunaan polis, seperti F 750 GS, F 850 GS serta tidak ketinggalan R 1250 RT.
Sehingga kini, BMW telah pun mengedarkan lebih daripada 160,000 unit jentera motosikal polis kepada lebih 150 buah negara di seluruh dunia.
Sumber: Motorrad Online