BMW Malaysia sedia laman khas peribadikan spesifikasi BMW iX 2021, pakej naik taraf dari RM3,020 - RM33,490

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini menyediakan sebuah laman web khas BMW iX Configurator yang membenarkan para pelanggan menempah BMW iX xDrive40 atau iX xDrive40 Sport, serta memperibadikan spesifikasi SUV elektrik tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menawarkan pelbagai pakej tambahan yang disediakan untuk para pelanggan yang telah membuat pra-tempahan, serta pelanggan yang merancang untuk menempah SUV BMW iX 2021 sebelum 12 Oktober 2021.

Pakej yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Power Package (RM4,600)

  • Ia didatangkan dengan BMW i Wallbox (generasi ketiga dengan pengecasan Type 2) untuk kemudahan pengecasan di rumah, di mana kotak pengecasan ini membekalkan kuasa 11 kW dengan masa pengecasan penuh untuk tempoh tujuh jam 15 minit.
  • Turut dibekalkan kabel pengecasan BMW i untuk pengguna mengecas SUV mereka di fasiliti pengecasan umum.

BMW Iconic Package (RM3,020)

  • Kelengkapan tali pinggang keledar BMW iBlue, serta pakej bunyi BMW IconicSounds Electric dengan tiga mod (Personal, Efficient dan Sport) yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang sporti dan beremosi.
  • Ciri ini adalah standard untuk varian iX xDrive40 Sport.

Design Package (RM15,740)

  • Merangkumi kemasan BMW Individual Exterior Line Titanium Bronze pada gril buah pinggang, grafik tingkap sisi, designasi model, pemegang pintu, serta sisipan depan, sisi dan belakang.
  • BMW Laserlights turut disertakan dengan aksen biru serta tulisan "BMW Laser".

Luxury Package (RM33,490)

  • Merangkumi ciri seperti bumbung kaca panorama (Panorama Glass Roof Sky Lounge) yang boleh ditetapkan kadar ketelusan cahaya, Headliner Anthracite, Clear & Bold Interior Applications, suis kaca kristal, elemen kayu berliang terbuka, dan Sistem Bunyi Keliling Harman Kardon dengan 18 pembesar suara.

Interior Upholsteri Package (RM21,110)

  • Penawaran dua pilihan upholsteri premium seperti Interior Design Suite Castanea dan Interior Design Suite Amido yang membawakan penggunaan bahan kulit daun zaitun asli dan dua warna eksklusif pada panel intrumen, panel trim pintu, kontol tengah dan tempat duduk.
  • Selain itu, terdapat juga aksen logam Gold Bronze serta sulaman terperinci bagi menyerlahkan lagi suasana elegan SUV ini.

Laman khas BMW iX Configurator ini boleh dilayari menerusi laman web https://www.bmw.com.my, sementara BMW iX xDrive40 dan iX xDrive40 Sport pula sedia ditempah menerusi BMW Shop Online (https://shop.bmw.com.my/) dengan bayaran RM5,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pengumuman asal, BMW bakal membawakan tiga varian iX, iaitu BMW iX xDrive40, BMW iX…