BMW Malaysia lancar varian baharu 5-Series - 530e M Sport & 520i Luxury

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Malaysia memperkemaskan lagi barisan penawaran sedan premium 5-Series untuk pasaran Malaysia dengan penambahan dua lagi varian baharu; 530e M Sport dan 520i Luxury. 

Jika dibuat perbandingan, varian 530e M Sport lebih membawakan ciri atletik dan dinamisme menerusi penawaran pakej M Sport manakala varian 520i Luxury pula tampil dengan ekpresi mewah dan progresif. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas kedua-dua varian 530e M Sport dan 520i Luxury.

 

BMW 5-Series 530e M Sport


Enjin: empat silinder sebaris 2.0 liter TwinPower Turbo
Motor elektrik: BMW eDrive 
Output: 252 hp/420 Nm
Transmisi: Steptronik lapan nisbah kelajuan
Pecutan: 6.2 saat (0-100 km/j)
Penggunaan bahan api: 2.3 liter/100 km
Rim: aloi 19 inci M Double-Spoke 664
Luaran: lampu utama LED adaptif, lampu kabus LED, BMW Selective Beam, pakej M Sport


Dalaman: Stereng balutan kulit M, kemasan ambang pintu beriluminasi M, pedal sport M, upholsteri Dakota Leather, kemasan trim Aluminium Rhombicle & Pearl Chrome, pencahayaan lampu suram enam warna pilihan, BMW ConnectedDrive, paparan instrumen 12.3 inci, Navigation System Professional 10.25 inci
Ciri keselamatan: Amaran Keluar & Tukar Laluan, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan Intervensi Brek, Pencegahan Pelanggaran Belakang, Amaran Lintasan Trafik, Kawalan Pelayaran, Bantuan Parkir
Warna: Black Sapphire, Sophisto Grey, Blue Stone, Alpine White
Upholsteri: Leather Dakota hitam atau Night Blue

 

BMW 5-Series 520i Luxury

 

Enjin: empat silinder sebaris 2.0 liter TwinPower
Output: 184 hp/290 Nm
Transmisi: Steptronik lapan nisbah kelajuan
Pecutan: 7.8 saat (0-100 km/j)
Penggunaan bahan api: 6.2 liter/100 km
Rim: 18 inci V-Spoke
Luaran: Lampu LED Adaptif, Lampu kabus LED, kemasan tip ekzos krom


Dalaman: upholsteri Dakota Leather, stereng sport, tempat duduk sport, papan pemuka Sensatec, kemasan ambang pintu aluminium beriluminasi, bantuan pencahayaan suram enam warna pilihan, BMW ConnectedDrive, Navigation System Professional 10.25 inci, instrumen 12.3 inci
Ciri Keselamatan: Kawalan Cengkaman Dinamik, Kawalan Brek Membelok, Kawalan Brek Dinamik, Brek Anti-Kunci, Bantuan Brek
Warna: Black Sapphire, Glacier Silver, Imperial Blue, Alpine White


Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

BMW 530e M Sport: RM 338,800.00 atau ansuran bulanan RM4,558* 
BMW 520i Luxury: RM 328,800.00 atau ansuran bulanan RM4,428*

*berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh empat tahun dengan jarak perbatuan dihadkan 20,000 km setiap tahun.

Pemilik BMW 530e M Sport dan BMW 520i Luxury yang terbaharu juga akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi: 

•    Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
•    Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card
•    Servis Dalam Talian oleh BMW

Berita Berkenaan

Berita Global
Perubahan tersebut boleh dilihat menerusi penampilan lampu nyalaan siang LED berbentuk L berkembar…