BMW 5-Series 2021 facelift - kini berwajah baharu

oleh Mohamad Hanif|
Sedan 5 Series kini menerima kemaskini pertengahan kitaran yang membawakan wajah baharu yang menghampiri apa yang ditawarkan oleh adik kecilnya BMW 3 Series.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perubahan tersebut boleh dilihat menerusi penampilan lampu nyalaan siang LED berbentuk L berkembar sementara gril buah pinggang juga turut diberikan nafas baharu sementara rekaan lampu belakang didatangkan dengan bentuk C tiga dimensi untuk dipadankan dengan lampu utama itu tadi.

 

 


Rekaan bumper juga kini dikemaskan dengan liang kemasukan udara yang lebih agresif, manakala bumper belakang pula didatangkan dengan tip ekzos berkembar berbentuk trapezoid.

Sementara itu, ruang dalaman juga turut menampilkan perubahan visual yang minimal, merangkumi sistem infotainmen iDrive 7 yang terdiri daripada skrin sentuh bersaiz 12.3 inci serta skrin paparan instrumen digital yang bersaiz serupa di hadapan pemandu.

Sistem infotainmen ini turut menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto serta ciri layout menu yang intuitif, respons masa yang lebih pantas dan grafik yang menawan.

 


Dari segi kuasa, BMW masih mengekalkan empat penawaran enjin yang terdiri daripada varian 530i, 530e PHEV, 540i dan juga model M550i.

Untuk varian 540i, BMW telah menambah sistem mild-hybrid 48 voltan kepada enjin enam silinder sebaris, di mana kuasa kekal pada angka 335 kuasa kuda, namun respons pecutan telah dipertingkat dengan adanya bantuan sistem itu tadi.

Sementara itu, varian 530e plug-in hybrid pula didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 288 kuasa kuda dan 420 Nm, peningkatan 40 hp berbanding model terdahulu.

Manakala model M550i pula hadir dengan enjin V8 4.4 liter turbo berkembar yang menjana 523 kuasa kuda dan 723 Nm  yang membenarkan pecutan sepantas 3.6 saat dari 0-100 km/j dan laju maksimum 250 km/j.

 


Aspek keselamatan BMW 5-Series 2021 ini turut dipertingkatkan dengan penambahan ciri bantuan pengekalan laluan kepada pakej Driving Assistant sedia ada.

Sementara Driving Assistant Professional pula menerima ciri tambahan berupa pengesanan lintasan trafik untuk ciri brek kecemasan automatik, Lane Change Assistant berasaskan sistem navigasi serta keupayaan untuk mengalihkan seketika arah kenderaan bagi memberikan laluan kepada perkhidmatan kecemasan seperti ambulans.

 


Harga jualan pula ada sedikit peningkatan di mana setiap varian didatangkan dengan harga seperti berikut:

  • 530i - $54,200 (RM236,500)
  • 530e - $57,200 (RM249,590)
  • 540i - $61,750 (RM269,444)
  • M550i - $76,800 (RM335,114)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…