BMW M bakal hasilkan supercar i8 berkuasa 600 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Semasa awal-awal penubuhan divisyen M sebagai sebuah jenama yang dikaitkan dengan prestasi, BMW pernah menghasilkan sebuah supercar M1 (kod nama E26) sebagai jentera sulung talaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan enjin enam silinder sebaris 3.5 liter M88/1 yang mampu menghamburkan 273 hp dan 330 Nm daya kilas maksimum, hanya sebanyak 453 buah M1 berjaya diproduksikan bermula dari tahun 1978-1981 disebabkan kerjasama BMW dan Lamborghini pada ketika itu menemui jalan buntu. 

Walau bagaimanapun, berdasarkan temubual yang dijalankan oleh laman web Motoring terhadap ketua unit pembangunan kumpulan BMW, Klaus Frohlich, tidak mustahil suatu hari nanti BMW bakal mempunyai supercar tersendiri. 
 


"Sebagai seorang yang berjiwa kelajuan, saya ingin untuk menghasilkan sebuah supercar (di bawah jenama BMW)," ujar beliau. 

"Memandangkan BMW kini mempunyai casis gentian karbon yang cukup hebat, dan serba ringan (BMW i8), mengapa tidak untuk kami gunakannya untuk membina sesuatu yang lebih hebat?" tambah Frohlich. 

Beliau membayangkan supercar tersebut bakal mempunyai kuasa setinggi 600 kuasa kuda dengan berat yang tidak melebihi tahap dua tan. 

Frohlich turut mengaku agak sukar untuk memberikan kertas cadangan supercar pengganti M1 ini kepada pihak atasan BMW oleh kerana ia dikhuatiri tidak mendatangkan keuntungan yang besar, namun beliau masih tidak berputus asa untuk menjadikan impian ini satu realiti. 
 


Sebagai maklumat tambahan, beberapa bulan yang lalu bos besar BMW M Frank Van Meel pernah menyatakan bahawa BMW M tidak perlu untuk membangunkan sebuah  supercar dengan target pembeli yang kecil (niche).

Beliau juga tidak percaya BMW M memerlukan sebuah kenderaan penarik perhatian (halo vehicle). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Biarpun dengan enjin bersesaran lebih kecil, namun dengan bantuan motor elektrik C 63 S E…
Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…