BMW lancar koleksi jam tangan Fossil Group - harga bermula dari RM780

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bayerische Motoren Werke atau lebih dikenali dengan akronim BMW bekerjasama dengan pembuat jam Fossil Group untuk menghasilkan koleksi jam tangan yang akan dilancarkan bermula musim panas tahun ini. 

Terdapat dua koleksi jam tangan yang akan diperkenalkan iaitu BMW Collection, dan BMW M Motorsport Collection yang masing-masing mempunyai harga permulaan dari $295 (RM1,198) dan $192 (RM780). 
 


Menurut BMW, kesemua rekaan jam tangan BMW Collection dan BMW M Motorsport Collection diinspirasikan daripada rekaan automotif, termasuklah penampilan logo propeller ikonik BMW dan M Motorsport. 

Rekaan casis dan dial juga sebenarnya turut diambil kira bagi menampakkan rekaan aerodinamik secara visual, jelas BMW lagi. 
 


Untuk jam tangan BMW Collection, BMW menawarkan dua jenis tali jam yang dibina daripada keluli tahan karat ataupun tali kulit premium. 

Manakala rekaan dial pula menawarkan pilihan warna-warna inspirasi seperti perak, merah, hitam dan juga cashmere
 


Bagi koleksi jam tangan di bawah BMW M Motorsport Collection pula ditawarkan dua pilihan tali jam, terdiri daripada keluli tahan karat ataupun strap silikon. 

Menariknya, pada strap silikon ini menampilkan rekaan jahitan jalur warna yang sememangnya amat dikenali oleh para peminat divisyen M Motorsport. 


Seperti yang disebutkan di atas, harga jualan bagi BMW Collection pula berkisar dari $295 - $374 (RM1,198 - RM1,518) manakala jam tangan yang lebih sporty BMW M Collection pula bermula dari $192 sehingga $295 (RM780 - RM1,198). 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…