BMW iX M60 2023 - kuasa setinggi 610 hp, 0-100 dalam 3.6 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada varian terbaharu BMW iX yang merangkap varian SUV berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh jabatan BMW M GmbH - BMW iX M60 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah kenderaan elektrik pertama berjenama M memandangkan sebelum ini BMW telah pun melancarkan sedan i4 M50.

Namun, BMW iX M60 ini merupakan model M pertama yang menggunakan senibina modular baharu dengan pelbagai teknologi moden, seperti rangka aluminium spaceframe, sangkar karbon dan panel plastik bertetulang gentian karbon.
 

M60


Secara kasarnya, tidak banyak perbezaan yang boleh dilihat melainkan emblem M60, pemakaian rim Aero Bi-color bersaiz 21 inci, serta penawaran pakej opsyen Individual Titanium Bronze.

Perbezaan yang lebih ketara tersembunyi di sebalik rupa paras 'berhidung besar' ini, di mana iX M60 dilengkapi dengan dua motor elektrik M yang mampu menjana kuasa setinggi 610 kuasa kuda dan daya kilas 1,100 Nm di dalam mod Sport, atau 533 hp (dan 1,015 Nm) dalam mod standard.
 

M60


Pecutan 0-100 km/j sepantas 3.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Pek bateri berkapasiti 106.3 kWh pula membenarkan jarak pemanduan sejauh 450 km mengikut data EPA.
 

M60


Secara standard, BMW iX mendapat tetapan suspensi double-wishbone di hadapan dan gandar five-link di belakang, namun varian M60 mendapat ciri supensi udara adaptif untuk kedua-dua gandar dengan kawalan peredam elektronik dan kawalan pelarasan automatik.

Ciri ini digandingkan dengan sistem stereng Integral Active dan M Sport Brakes untuk dinamik pemanduan yang dipertingkatkan.

Harga jualan BMW iX M60 2023 bermula dari $105,100 (RM440,527).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut adalah sebagai tindak balas positif kepada permintaan kukuh semasa perayaan Tahun…
Berita Domestik
Kerjasama itu bertujuan untuk memperkasakan pemilik BMW iX baharu ke arah perjalanan mampan dengan…
Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…