BMW iX 2022 - SUV elektrik BMW bertaraf mercu

oleh Mohamad Hanif|
Jika BMW X7 merupakan abang besar kepada segala SUV berenjin pembakaran dalaman, untuk keluarga kereta elektrik BMW kini mempunyai sebuah lagi model yang 'besar' menjengah dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ucapkan selamat datang kepada BMW iX, atau nama rujukan asalnya BMW iNext.

BMW iX merupakan sebuah SUV lima tempat duduk berkuasa elektrik yang dibangunkan berdasarkan BMW X5, dan merupakan model elektrik BMW yang kedua diproduksikan selepas model i3.

 


Walaupun dari segi dimensi iX membawakan ukuran yang hampir sama seperti BMW X5, namun terima kasih kepada penggunaan platform baharu yang menggunakan aluminium, plastik dan plastik diperkukuh gentian karbon (CFRP), iX mampu menawarkan ruang kabin dan kargo yang hampir menyamai BMW X7.

Dari segi luaran, BMW iX menampilkan rekaan gril buah pinggang yang sangat menimbulkan kontroversi, namun ia sebenarnya menempatkan pelbagai jenis perkakasan seperti kamera, radar, dan penderia yang diperlukan untuk sistem bantuan pemandu.

Kesemua perkakasan itu merupakan sebahagian daripada teknologi yang dimuatkan bagi membolehkan BMW iX mendapat kemaskini over-the-air menerusi sambungan 5G dan teknologi pemanduan autonomi tahap ketiga.

 


Bahagian sisi SUV ini menampilkan rekaan pintu tanpa rangka, rekaan bumbung terapung, arca roda yang menempatkan rim bersaiz 22 inci aerodinamik, serta tayar profil 275/40.

Buat pertama kalinya, BMW iX menampilkan bonet hadapan yang kekal, ini bermakna tiada keperluan untuk para pelanggan membuka bahagian tersebut bagi meletakkan barang.

Untuk memastikan aspek aerodinamik SUV ini lebih berkesan, bahagian hadapan SUV ini direka dengan liang udara yang minimum, panel bawah badan yang rata, pemegang pintu jenis tertanam, serta rumah kaca yang tirus.

 


Kesemua faktor di atas menyumbang kepada kadar pekali seretan serendah 0.25 sahaja!

BMW juga turut menawarkan pakej luaran M Sport bagi mereka yang mahukan penampilan SUV elektrik yang lebih sporti.

Sistem gantungan BMW iX ini terdiri daripada double-wishbone di hadapan dan suspensi multilink di belakang, di mana ia menawarkan ciri stereng aktif untuk roda belakang.

 


Terima kasih kepada struktur lantai yang rata, BMW iX menawarkan ruang kabin yang sangat luas, dan menampilkan penggunaan bahan-bahan yang lebih mesra alam seperti plastik kitar semula, serta fabrik mikrofiber serba baharu.

Di bahagian hadapan terdapat roda stereng berbentuk heksagon, serta kehadiran dua skrin berkembar yang bertindak sebagai paparan instrumen digital dan sistem infotainmen dengan rekaan yang sedikit melengkung, diakhiri dengan paparan head-up serba baharu.

Tiada konsol tengah hadapan didatangkan pada BMW iX, menjadikan ruang kaki penumpang hadapan lebih luas, manakala butang kawalan BMW iDrive telah dipindahkan kepada bahagian perehat tangan tengah, manakala selebihnya dimuatkan pada panel pintu.

 


Disebabkan tiada opsyen tempat duduk baris ketiga, ruang kargo di bahagian belakang mampu memuatkan barangan sebesar 650 liter.

Dari segi kuasa, BMW iX dilengkapi dengan konfigurasi motor elektrik berkembar - satu untuk setiap gandar - namun dengan angka output yang masih lagi dirahsiakan.

Pun begitu, BMW mendakwa mereka telah membangunkan trenkuasa yang mampu menyokong julat kuasa 121 hp hingga 402 hp untuk setiap gandar.

Kuasa pecutan disalurkan kepada empat roda di mana sistem pacuan ini mempunyai kecenderungan untuk menyalurkan kuasa yang lebih kepada gandar belakang.

 


Terdapat beberapa opsyen pek bateri yang bakal ditawarkan di mana model premium akan menerima pek bateri berkapasiti melebihi 100 kWh, dan jarak operasi melangkaui 600 km untuk sekali caj penuh.

Sistem pengecasan baharu yang digunapakai pada iX menyokong penggunaan pengecasan pantas sehingga 200 kW yang membolehkan bateri dicaj dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa bawah 40 minit.

Dengan menggunakan pengecasan standard 11 kW, masa pengecasan tersebut mampu memakan masa 11 jam.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut adalah sebagai tindak balas positif kepada permintaan kukuh semasa perayaan Tahun…
Berita Domestik
Kerjasama itu bertujuan untuk memperkasakan pemilik BMW iX baharu ke arah perjalanan mampan dengan…
Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…