BMW CE 02 diperkenalkan - Lebih kecil, lebih mampu milik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun 2022, BMW Motorrad telah memperkenalkan skuter elektrik pertamanya iaitu BWM CE 04, yang menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penggemar motosikal, terutama sekali dari segi reka bentuknya yang unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meluaskan rangkaian EV nya, BMW Motorrad telah memperkenalkan satu lagi model motosikal elektrik, iaitu BMW CE 02 yang lebih kecil dan mampu milik, direka khusus untuk digunakan di dalam bandar dengan lebih bergaya berbanding skuter mobiliti.

 

2

 

Menjadi model motosikal elektrik kedua dalam barisan, CE 02 didatangkan dengan dua varian, dimana salah satunya dikuasakan bateri 1.96 kWj menghasilkan 8 HP, dengan kelajuan tertinggi 40 kmj dan jarak gerak sehingga 45 km.

versi lebih berkuasa CE 02 dikuasakan bateri 3.92 kWj menghasilkan 15 HP, dengan kelajuan tertinggi 95 kmj dan jarak gerak dianggar mampu mencecah 90 km.

 

3

 

BMW CE 02 didatangkan standard dengan pengecas rumah 0.9 kW, dan turut ditawarkan dengan pilihan pengecas 1.5 kW.

Pengecas yang lebih berkuasa itu merupakan sebahagian daripada pakej pilihan Highline, dimana ia turut hadir dengan fungsi sambungan Bluetooth, pemegang telefon, pemegang dengan fungsi pemanas dan tempat duduk yang dinaik taraf.

 

4

 

CE 02 juga didatangkan dengan paparan meter TFT 3.5 inci antara bar hendal yang memaparkan maklumat penting.

Terdapat juga port USB-C untuk mengecas telefon pintar serta aplikasi untuk menjejaki status pengecasan motosikal EV itu.

 

5

 

Direka khusus untuk penggunaan dalam bandar, BMW CE 02 dilihat sebagai pengganti sesuai kepada skuter mobiliti bagi golongan muda bergerak.

Untuk pasaran US, CE 02 ditawarkan pada harga bermula dari USD8,200 (RM39,195), harga bagi pakej Highline belum diumumkan.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ianya memaparkan maklumat pada kanta kanannya seperti navigasi, kelajuan, gear atau data penting…