BMW, Audi berentap di dalam Formula E tahun hadapan.

oleh HEZERI SAMSURI|

Dua gergasi Jerman, BMW dan Audi telah mengumumkan akan bertanding di dalam siri perlumbaan Formula E musim kelima (2018-2019).

Minggu lalu Audi telah melantik pasukan Abt Schaeffler Formula E untuk menjadi pasukan rasmi Audi bagi musim kelima.

Semalam, BMW mengumumkan pelantikan pasukan MS Amlin Andretti untuk menjadi pasukan rasmi (works team) bagi BMW.

Pengarah Motorsports bagi BMW, Jens Marquardt memberitahu Motorsport.com bahawa beliau sangat optimistik akan perkembangan ini.

“BMW melihat Formula E sebagai satu tempat penting untuk mendemonstrasikan “kepakaran teknikal” mereka dan juga dominasi jenama itu di dalam kategori kenderaan EV mewah.

Perlumbaan Formula E musim kelima akan melihat banyak perubahan, termasuk kereta lumba baharu yang mampu bertahan sehingga ke akhir perlumbaan.

 

Audi Formula E

 

Formula E pernah berlangsung di Putrajaya dalam tahun 2014 dan 2015.

Kerajaan menghabiskan berjuta Ringgit untuk menyediakan litar bolehubah di Putrajaya, termasuk ”mobile barriers” dan tempat duduk penonton yang boleh digerakkan.

Sayangnya, selepas dua tahun berlangsung, tiada organisasi yang benar-benar berpengalaman digunakan untuk menguruskannya. 

Promosi dilakukan beberapa minggu daripada perlumbaan dan tidak ada banyak berita yang dihasilkan dari kedua-dua perlumbaan itu.

Ia gagak mendapat sambutan dan tempat litar Putrajaya itu kini diubah kembali.

Sayang kerana selama dua tahun penganjuran berlaku, jutaan RM telah dibelanjakan dan tiada hasil konkrit dapat diterima oleh rakyat.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beberapa acara berprestij seperti Geneva Motor Show dan New York Auto Show telah pun dibatalkan dan…
Sukan Bermotor
Litar untuk perlumbaan sifar emisi tersebut dijangka akan siap pada April nanti bagi memberikan…
Sukan Bermotor
Jentera yang diberikan nama Gen2 EVO ini merupakan versi penambahbaikan kepada jentera Gen2 Formula…