Namun tahukah anda, sebenarnya komen-komen negatif yang melata di media sosial itu turut dibaca sendiri oleh ketua unit rekaan BMW, Domagoj Dukec?
Dalam satu temubual yang dibuat oleh Top Gear, Dukec mengakui beliau tidak terkejut dengan kritikan yang dilontarkan terhadap syarikat tersebut.
"Saya sudah berada di dalam industri lebih daripada 20 tahun, dan di dalam bidang rekaan, semua orang mempunyai pandangan yang tersendiri, ia suatu yang normal.
"Jika anda mahu mencipta sesuatu yang menonjol, ia mesti senang dan mudah untuk dibezakan.
Beliau menambah, ia bukanlah tujuan sebenar sesebuah rekaan untuk menyenangkan hati semua orang di dalam dunia, akan tetapi untuk memenuhi keperluan pelanggan sendiri.
Dalam pada itu, Dukec turut menyentuh berkenaan rekaan gril buah pinggang yang terdapat pada model 4-Series, di mana hanya 20 peratus sahaja disukai oleh orang kebanyakan.
"Tidak ramai yang suka dengan 4-Series, dan ia sebenarnya bertepatan dengan jenis pelanggan yang kami sasarkan," ujar beliau.
Sumber: Top Gear