Volvo Concept Recharge - hala tuju baharu rekaan Scandinavia

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars memperlihatkan secara rasmi model konsep yang digelar sebagai Volvo Concept Recharge yang membawakan hala tuju baharu rekaan Scandinavia yang menjadi tulang belakang rekaaan kenderaan Volvo masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Concept Recharge membawakan pegangan 'kurang, tetapi lebih baik' di mana struktur binaan kenderaan elektrik masa hadapan Volvo kini lebih ringkas tanpa kehadiran enjin pembakaran dalaman yang kompleks itu.

Disebabkan ketiadaan enjin, para jurutera boleh menempatkan pek bateri penuh di bawah lantai yang rata, selain memanjangkan lagi dimensi jarak antara roda dan juga saiz roda kenderaan.

 


Hasilnya, sebuah model kenderaan dengan jarak gantungan yang lebih pendek, selain menawarkan ruang kabin yang lebih luas, serta ruang storan yang lebih besar.

Di dalam Concept Recharge, para jurutera telah memposisikan semula kedudukan tempat duduk, profil bumbung yang dioptimasikan, hud enjin yang direndahkan ketinggiannya dan dalam masa yang sama mengekalkan kedudukan poin pandangan mata yang tinggi seperti yang terdapat pada model sedia ada (XC40, XC60 dan XC90).

Pendekatan baharu ini menjadikan Concept Recharge mampu mencapai keberkesanan di dalam aerodinamik tanpa menjejaskan jarak operasi sebagai sebuah SUV elektrik.

 


Selain daripada itu, gril hadapan tradisional telah digantikan dengan struktur seakan perisai, diapit dengan struktur lampu utama yang masih lagi mengekalkan rekaan tukul besi Thor.

Sementara rekaan unit lampu belakang telah diimaginasikan semula menjadi lebih nipis.

Konsep rekaan yang sama turut digunakan pada ruang kabin yang menempatkan sebuah skrin menegak bersaiz 15 inci, diikuti dengan penawaran bahan upholsteri yang lebih natural dan menggunakan bahan yang lebih mesra alam - seakan sebuah ruang tamu rumah rekaan Scandinavia.

 


Volvo Concept Recharge tidak tertumpu kepada hala tuju rekaan kenderaan semata-mata, akan tetapi ia melambangkan cita-cita Volvo Cars dalam menghasilkan kenderaan yang lebih selamat.

Seperti contoh, penggunaan penderia LiDAR yang merupakan sebahagian daripada perancangan Volvo untuk menawarkan teknologi pemanduan autonomi yang lebih selamat, di mana ia akan mengumpulkan data daripada persekitaran kenderaan.

Menurut ketua unit rekaan Robin Page, "dengan model Concept Recharge, kami meneruskan DNA rekaan Volvo yang kaya dengan cara yan lebih moden dan segar, selari dengan hala tuju ke arah masa hadapan elektrik sepenuh masa.

"Ia melambangkan segalanya yang kami percaya pelanggan akan menjangkakannya daripada sebuah kenderaan elektrik tulen Volvo, dan kami amat teruja untuk membawakan falsafah ini kepada generasi baharu kenderaan kami.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan menggunakan bahan yang lebih lestari seperti bahan kitar semula dan boleh diperbaharui,…