BMW 2-Series Active Tourer generasi kedua diperlihatkan secara rasmi

oleh Mohamad Hanif|
BMW baru-baru ini telah pun memperlihatkan secara rasmi generasi kedua minivan jenama Jerman, iaitu 2-Series Active Tourer 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi rekaan, ia sebenarnya banyak membawakan elemen-elemen yang terdapat daripada abang-abang besarnya, seperti contoh rekaan gril buah pinggang berkembar yang agak besar, diikuti lampu utama LED yang tirus dan opsyen teknologi lampu matriks adaptif.

Sementara bahagian sisi pula menampakkan rekaan pemegang pintu yang tertanam kemas, dan cermin sisi yang sengaja direndahkan posisinya untuk kelebihan aerodinamik.
 

2series


Saiz rim pula adalah bermula dari 16 hingga 19 inci bergantung kepada varian, sementara di bahagian belakang pula menjadi lebih kemas dengan lampu belakang yang lebih nipis.

Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, generasi kedua memiliki dimensi yang lebih panjang, dengan ukuran 4,386 mm, lebar 1,824 mm sementara jarak antara roda pula kekal 2,670 mm.
 

2-series


BMW juga turut menambah jarak trek sebanyak 25 mm untuk bahagian gandar depan dan belakang, dibantu dengan sistem aerodinamik aktif seperti kepak boleh laras pada bahagian atas dan bawah gril untuk mengurangkan kadar pekali seretan kepada 0.26 sahaja.

Penambahan dimensi itu turut memberikan kesan kepada ruang kargo, dimana 2-series Active Tourer kini mampu menawarkan ruang 470 liter hingga 1,455 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat dengan nisbah 40:20:40.
 

2-series


Sementara ruang kabin turut diberikan sentuhan baharu dengan menempatkan sistem operasi iDrive 8, terdiri daripada paparan kluster digital 10.25 inci dan skrin sentuh tengah 10.7 inci.

Rekaan konsol tengah turut menampilkan butang pandu mula, butang kecemasan, tuil penukaran gear yang sangat kecil, brek parkir elektronik, dan tombol rotari untuk kawalan suara sistem audio.

Selain itu, ciri lain termasuklah pintu tailgate elektrik, sistem kawalan iklim dua zon automatik, serta opsyen bumbung kaca panorama, audio Harman Kardon, dan cangkuk trailer berkuasa elektrik.
 

2-series


BMW 2-Series Active Tourer boleh didapati dalam varian berikut:

  • 218i - enjin inline-3 1.5 liter turbo, 136 hp/230 Nm, pecutan 0-100 km/j 9.0 saat
  • 220i - enjin inline-3 1.5 liter turbo, 170 hp/280 Nm, pecutan 0-100 km/j 8.1 saat
  • 223i - enjin inline-4 2.0 liter turbo, 218 hp/360 Nm, pecutan 0-100 km/j 7.0 saat
  • 218d - enjin inline-4 diesel 2.0 liter, 150 hp/360 Nm, pecutan 0-100 km/j 8.8 saat

Tidak kira apa jua spesifikasi yang dipilih, kesemua varian datang dengan sistem pacuan roda depan, serta sistem transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk para peminat BMW mungkin satu berita yang cukup menyedihkan apabila laporan daripada…