Lebih Mudah Lagi Jimat - Ini 5 sebab anda WAJIB renew insurans kereta di Bjak.my

oleh SALINA JALIL|
Sehingga 31 Disember 2019, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 31.2 juta kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia secara purata, dengan pertambahan kenderaan baharu melebihi 1 juta untuk tahun berikutnya.


Ini membuktikan, ramai rakyat Malaysia gemar memiliki kenderaan sendiri kerana ia memudahkan urusan seharian.


Namun, harus diingat, beli kereta bukan sekadar anda bayar bulan-bulan semata-mata. Anda juga perlu memikirkan perlindungan terbaik untuk kereta kesayangan anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdapat banyak platform yang kini menawarkan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans yang wujud saban tahun, namun hanya yang bijak sahaja akan memilih Bjak.my untuk mencari pilihan yang ideal sesuai dengan poket anda. 

 

Apa kelebihan Bjak.my?


Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2019, syarikat teknologi bertaraf MSC ini memang bukan calang-calang!


Dalam masa setahun sahaja, Bjak.my telah mempunyai lebih 3 juta pengguna berdaftar dan menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan-pelanggannya.

 

Kenapa anda perlu pilih Bjak.my? 

 


1. Platform sehenti yang mesra pelanggan


Mengapa kami kata Bjak.my adalah platform mesra pelanggan?

 

Untuk makluman, Bjak.my menyediakan satu platform khusus bagi memudahkan pemilik kenderaan membuat perbandingan dengan lebih 10 syarikat insurans termasuk Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

 

Apa yang menariknya, dengan sistem ini anda boleh lihat dan lakukan perbandingan harga insurans dalam satu masa yang sama.


Bukan itu sahaja, di platform ini juga anda tidak tersekat untuk memperbaharui insurans kereta semata-mata. Anda sebenarnya boleh memilih untuk memperbaharui cukai jalan atau kedua-duanya sekali mengikut kehendak anda.


Perkhidmatan mesra pelanggan yang disediakan Bjak turut terbukti apabila dengan mudah, anda boleh sahaja menghubungi pasukan khidmat pelanggan syarikat itu pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam melalui aplikasi WhatsApp. 

 

 

2. Servis yang sangat pantas!

 

 

Bjak.my menawarkan servis yang cukup pantas bagi memudahkan para pelanggan memperbaharui insurans motor dan kereta.


Bayangkan dalam masa 3 minit sahaja, pelanggan sudah pun boleh mendapatkan senarai sebut harga yang memaparkan pakej 10 buah syarikat insurans dan takaful menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Ini semestinya akan memudahkan pelanggan untuk melakukan perbandingan harga yang disediakan syarikat-syarikat insurans yang ada.

 

 

Bukan itu sahaja, Bjak.my menawarkan senarai perlindungan insurans tambahan yang boleh ditambah sebelum proses daftar keluar untuk anda pilih, dan polisi akan diaktifkan serta-merta selepas pembayaran dilakukan. 

 

 

3. Jimat sehingga RM450

 


Setiap syarikat insurans menyediakan pakej serta harga yang berbeza. Dengan sistem perbandingan terbaik di Bjak.my, anda boleh melaraskan sendiri pakej-pakej insurans yang ada mengikut keperluan dan bajet anda.


Dengan membuat perbandingan harga yang komprehensif di Bjak.my inilah, anda sebenarnya berpeluang untuk menikmati penjimatan dari RM50 sehingga RM450 apabila memperbaharui insurans.

 

 

4. Nak jadi lagi bijak? Jadi pelanggan VIP Bjak!

 

 

Selain daripada urusan pembaharuan insurans dan cukai jalan, Bjak.my menawarkan perkhidmatan eksklusif khusus untuk pelanggan VIP, merangkumi khidmat tunda tanpa had di seluruh negara, servis pertukaran tayar kecemasan, servis jumpstart kecemasan dan pemeriksaan kereta tahunan. 


Caranya memang mudah, anda hanya perlu menambah opsyen tersebut sebelum melakukan proses daftar keluar dan membuat pembayaran. 

 

 

 

5.  Sistem yang mudah lagi selesa


Kenapa perlu bersusah-payah beratur di JPJ atau bertemu dengan pihak agen semata-mata untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan anda?

 

Dengan Bjak.my, anda boleh memperbaharui insurans secara atas talian di mana-mana sahaja anda berada. 


Bukan itu sahaja, anda juga boleh memperbaharui insurans pada bila-bila masa yang anda mahu. WhatsApp sahaja Bjak untuk mendapatkan sebut harga tanpa mengira waktu dan urusan untuk memperbaharui insurans kereta atau motor anda akan selesai dengan segera.


Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan Bjak, mustahil untuk anda menolak daripada menggunakan platform ini untuk memperbaharui insurans kereta anda selepas ini.

 

Meskipun baru menapak sejak lebih setahun yang lalu, anda tidak perlu ragu-ragu kerana syarikat ini telah pun diiktiraf sebagai peneraju utama saluran untuk memperbaharui insuran ketika ini. Malah, anda juga boleh melihat sendiri maklum balas positif yang diberikan pelanggan sebelum ini di laman Facebook rasmi Bjak.

 

 

Jadi tunggu apa lagi, jom layari laman web Bjak.my hari ini dan dapatkan sebut harga secara percuma untuk kereta anda.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Naib Presiden Operasi Bjak, Fatin Izzati menjelaskan, Bjak bekerjasama dengan penyedia BNPL…
Informasi
  Ditubuhkan pada tahun 2019, Bjak.my menarik berjuta-juta pemilik kenderaan persendirian untuk…