BIMS 2023: Kawasaki ZX-4R 2023 buat kemunculan, nadi 4 silinder sebaris, 400 cc, 75 PS

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi motosikal supersports yang menggunakan enjin empat silinder sebaris kini menerjah pasaran Thailand, iaitu Kawasaki Ninja ZX-4R 2023.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Untuk pasaran negara jiran, ia ditawarkan dalam versi asas ZX-4R dan ZX-4R SE yang memerlukan tambahan wang sebanyak 40,000 baht.
 

ZX4R


Dari segi kuasa, Kawasaki ZX-4R didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 399 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 75 PS, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.

Aspek tunggangan dibantu dengan ciri seperti klac Slipper & Assist, penukaran gear pantas Quick Shifter serta Kawasaki Traction Control (KTRC).
 

ZX4R


Selain itu, ZX-4R ini mempunyai sistem suspensi depan fork Showa SFF-BP 37 mm dengan larasan pra-muatan, diikuti dengan penyerap hentak tunggal Balance Free Rear Cushion (BFRC) di belakang.

Sistem brek terdiri daripada angkup Nissin empat omboh dengan rotor berkembar 290 mm di depan, serta angkup omboh tunggal dengan rotor 220 mm serta bantuan ABS dua saluran.
 

ZX4R


Segala info seperti putaran enjin, kelajuan, indikasi kedudukan gear, amaran penukaran gear dan lain-lain dipaparkan menerusi skrin TFT bersaiz 4.3 inci berwarna dengan dua mod paparan (Normal & Circuit).

ZX-4R juga boleh disambungkan kepada peranti pintar menerusi Bluetooth dan aplikasi RIDEOLOGY.
 

ZX4R


Di Thailand, Kawasaki Ninja ZX-4R 2023 dijual pada harga bermula dari 320,000 baht (RM41,560) hingga 360,000 baht (RM46,755) untuk versi SE.

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…