BIMS 2023: BYD Seal EV, jarak gerak cecah 700 km, bakal masuk pasaran Malaysia Q4 2023

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pilihan sedan elektrik yang ada di pasaran Malaysia pada ketika ini pada harga yang lebih berpatutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan seperti BMW i4, Mercedes-Benz EQS dan EQE, serta Porsche Taycan.
 

BYD


Baru-baru ini muncul satu jenama baharu yang bakal membawakan pelbagai jenis model kereta elektrik dari China, iaitu BYD yang dibawa masuk oleh Sime Darby Motors.

Selepas melancarkan SUV BYD Atto 3, BYD dikatakan akan membawakan dua lagi model baharu, satu daripadanya ialah BYD Seal menjelang suku keempat tahun ini.
 

BYD


Di Bangkok International Motor Show 2023, kami berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat sedan elektrik yang bakal muncul di pasaran kita kelak.

BYD Seal merupakan sebuah sedan dengan dimensi panjang 4,800 mm, lebar 1,875 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,920 mm.
 

BYD


Dilengkapkan dengan senibina elektrik 800 voltan (sama seperti Taycan), BYD Seal boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal atau motor elektrik berkembar, dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 523 hp.

Bateri Blade yang dibangunkan sendiri oleh BYD itu juga boleh didapati dalam kapasiti 61.4 kWh (jarak gerak hingga 550 km) atau versi yang lebih besar 82.5 kWh dengan jarak gerak mampu cecah sehingga 700 km untuk sekali cas penuh.
 

BYD


Di pasaran China, BYD Seal dijual pada harga bermula dari CNY 212,800 (RM137,322) untuk varian Standard Range, dan mampu mencecah sehingga CNY 289,800 (RM187,011) untuk versi Performance AWD (jarak gerak 650 km).

Bagaimana pula dengan pasaran Malaysia? Adakah dengan spesifikasi dan harga yang berpadanan itu mampu menarik minat orang ramai untuk mendapatkan model Seal ini kelak?

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…
Berita Global
Kenapa teksi Jepun tiba-tiba muncul di Thailand? Menurut laporan daripada Headlightmag, Toyota…