Bila Cybertruck lambat sangat nak keluar ...

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla Cybertruck memang menjadi idaman ramai peminat Elon Musk dan di Malaysia sendiri sudah ada yang membuat tempahan.

Dengan rekabentuk saling tak tumpah seperti penyendal pintu dan panel badan yang menggunakan stainless-steel, kenderaan yang didakwa merupakan sebuah trak pikap ini memang unik.

Namun begitu, Cybertruck elektrik masih tidak dilancarkan dan tarikh pelancaran berubah lebih acapkali dari kerajaan di Malaysia.Kerana penat menunggu, CJ Cromwell dari US telah menghasilkan replika Cybertruck sendiri yang dikenali sebagai Plybertruck.

Dihasilkan khusus untuk bertanding dalam perlumbaan Gambler 500 rally (perlumbaan rali sejauh 805 km menggunakan kenderaan yang dibeli dengan harga US$500), Plybertruck menggunakan platform Acura MDX.

Walaupun ia tidak menggunakan tenaga elektrik, dan walaupun ia kelihatan seperti menggunakan kepingan plywood dan kayu yang dicuri dari reban ayam milik jiran, Plybertruck ini mendapat lebih banyak perhatian dari selebriti-selebriti Instagram.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun baru-baru versi yang lebih kecil 1:64 dilihat wujud di beberapa buah kedai fizikal, dan…
Berita Global
Namun, bagaimana jika trak pikap tersebut sebenarnya dihasilkan bukan untuk kegunaan di muka bumi,…
Berita Global
Itulah yang sebenarnya cuba digambarkan pada trak pikap terbaharu Tesla Cybertruck, bermula dari…