Biden- 50 peratus kenderaan baharu di US menjelang 2030 adalah kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan bahawa kerajaan US akan menyasarkan separuh dari penjualan kenderaan baharu di negara Uncle Sam itu adalah kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaannya juga akan mengumumkan piawaian pengeluaran asap baharu sehingga 2026, dengan peningkatan 10 peratus lebih ketat bermula dari tahun 2023.

Ini adalah antara pelan perancangan besar Biden untuk menangani masalah perubahan iklim dan juga untuk memastikan US mengelepai industri EV selepas China mula mendominasi pasaran kenderaan bersih itu.

Sasaran 50 peratus itu menerima sokongan syarikat automotif dari US dan juga luar negara, dan berpendapat usaha itu memerlukan dana berbilion dolar dari kerajaan US.

Perancangan itu melibatkan kenderaan EV bateri, EV sel bahan api dan kenderaan Plug-In Hybrid.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rumah Putih, siasatan dari Jabatan Perdagangan A.S. diperlukan kerana kenderaan tersebut…
Berita Global
Bayangkan EV anda cuma ada 30km jarak gerak dan rumah anda terletak 40km lagi. Harapan anda untuk…
Berita Global
Antara inisiatif yang termaktub dalam perancangan itu ialah untuk membina fasiliti memproses galian…