Kerajaan US sediakan US$100 juta untuk baiki pengecaj EV rosak

oleh HEZERI SAMSURI|
Salah satu cabaran EV ialah kerosakan pengecaj. 

Ia adalah satu masalah global dan masih ada banyak pengecaj yang tidak disambungkan ke mana-mana aplikasi telefon pintar dan pengguna tidak mengetahui keadaan pengecaj sehingga mereka hadir sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bayangkan EV anda cuma ada 30km jarak gerak dan rumah anda terletak 40km lagi. Harapan anda untuk mengecaj untuk sampai ke rumah musnah bersepai dan jawapannya, anda perlu mengambil trak tunda untuk dibawa ke pengecaj lain.

Jabatan Pengangkutan US telah meluluskan dana sebanyak US$100,000 bagi membaiki ribuan pengecaj yang rosak di dalam negara Uncle Sam tersebut.

Presiden US, Joe Biden telah mengumumkan bahawa negara itu akan mempunyai 500,000 pengecaj di seluruh negara menjelang 2030.

Awal September lalu, hampir 6,300 pengecaj di seluruh US tidak boleh digunakan, iaitu empat peratus dari 151,506 pengecaj yang wujud.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…