Bergaya di musim panas dengan jam The Urban Explorer dan kacamata RAW

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Musim panas bukanlah penghalang bagi kita untuk tampil dengan lebih bergaya. 

Untuk anda yang gemarkan sesuatu lain daripada yang lain, Red Army Watches membawakan beberapa produk daripada koleksi Sevenfriday. 

 

M1B/01 - The Urban Explorer


Jam tangan dengan tali denim untuk mereka yang berjiwa muda dan mahukan kebebasan bergaya yang menarik walaupun di bawah sinaran cahaya matahari. 

Pergerakan: Miyota 8215 
Casis: 3ATM, keluli tahan karat, rekaan bezel yang digilap dengan garisan diselaputi lapisan hitam solid
Kaca: kaca mineral K1 diperkukuh, dan disalut lapisan anti-reflektif
Tali: denim asli berwarna biru, lubang diperkukuh dengan bahan kulit lembu, jahitan berwarna beige
Cip NFC: sambungan kepada aplikasi Sevenfriday memudahkan urusan pengesahan dan pendafaran jam tangan

 

INS1/03 - Bob


Mata juga memerlukan perlindungan daripada sinaran mentari yang terik, dan disinilah kegunaan 'Bob'.

Bob didatangkan dengan pelindung daripada denim bagi menyejukkan pandangan mata yang boleh dibuka apabila keadaan memerlukan. 

Rangka: berkembar diperbuat daripada keluli tahan karat
Pelindung silau: denim, boleh dibuka
Lensa: CR39 REVO berwarna Champagne, ciri anti-silau biru, 100% UVA/UVB
Cip NFC: terletak di bingkai sebelah kiri, sambungan kepada aplikasi Sevenfriday memudahkan urusan pengesahan dan pendaftaran

INS3/01 - The Carbonator


The Carbonator, melambangkan penggunaan bahan gentian karbon pada rangka yang menjadi masa hadapan sukan permotoran. 

Berbeza dengan Bob, The Carbonator menggunakan warna hitam yang lebih elegan tidak kira di mana jua anda berada. 

Rangka: berkembar diperbuat daripada keluli tahan karat, lapisan kedua daripada gentian karbon
Pelindung silau: kulit hitam, boleh dibuka
Lensa: CR39, warna hijau hangat (G15) dengan lapisan anti-silau biru, 100% UVA/UVB
Cip NFC: terletak di bingkai sebelah kiri, sambungan kepada aplikasi Sevenfriday memudahkan urusan pengesahan dan pendaftaran

 


Produk The Urban Explorer kini terdapat di outlet RAW di 1Utama Shopping Centre, Pavillion Kuala Lumpur, Plaza Gurney, mo.men.tum di Sunway Velocity dan Sevenfriday Space di Four Seasons Place. 

Manakala INS1/03 "Bob" dan INS3/01 "The Carbonator" pula boleh didapati secara eksklusif di Sevenfriday Space di Four Seasons Place. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.redarmywatches.com

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan edisi terhad Fastback Drift Mercury ini menampilkan binaan casis 44 mm yang diperbuat…
Gaya Hidup
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini, Red Army Watches ingin menggalakkan golongan…