Gorilla Fastback Drift Mercury, 50 unit satu dunia, harga RM24,200

oleh Mohamad Hanif|
Red Army Watches Sdn Bhd kini mengumumkan ketibaan jam tangan Gorilla Fastback Drift Mercury yang diinspirasikan daripada model ikonik "Lead Sled" Ford Mercuri yang popular lewat 1940-an dan awal 1950-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan edisi terhad Fastback Drift Mercury ini menampilkan binaan casis 44 mm yang diperbuat daripada karbon tempa, aluminium anodiza, titanium dan seramik.
 

drift


Sistem pergerakan automatik 2824-2 yang digunakan pada jam ini dilindungi oleh kaca kristal kalis calar dan penutup belakang yang turut diperbuat daripada bahan titanium dan kaca sapphire, menawarkan perlindungan kalis air sedalam 100 meter.

Selain daripada itu, penggunaan bahan aluminium anodiza boleh didapati pada bebibir dial dan juga cakera satelit, sementara struktur bezel pula diperbuat daripada seramik hitam yang digilap.
 

drift


Untuk memastikan jam tangan ini lebih bergaya, Fastback Drift Mercury didatangkan dengan binaan tali jam hibrid getah FKM dan Alcantara, dan pin kancing yang diperbuat daripada bahan titanium gred 5.

Hanya 50 unit sahaja jam tangan Gorilla Fastback Drift Mercury yang akan dihasilkan untuk satu dunia, dan ia dijual pada harga RM24,200 di pasaran Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Gorilla Fastback GT Nomad ini membawakan binaan casis 44 mm yang diperbuat daripada karbon tempa…