Berang kereta dikompaun, penguatkuasa cedera diserang!

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan yang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan parkir di Jalan Flora, Taman Flora di Batu Pahat pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada jam 3.50 petang.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

"Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penguat kuasa berkenaan juga ditolak dan terjatuh atas motosikalnya, namun pergaduhan tersebut dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Menurut Ismail, kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

- biadap dan tidak hormati petugas, semoga dikenakan tindakan tegas -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah Temerloh menuju ke Mentakab. Ketua…
Berita Domestik
“Siasatan mendapati pemandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu tidak memberi perhatian…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 9.45 pagi hari yang sama. "…