Bentley Ultra Performance Hybrid, rangkaian kuasa hibrid ganti enjin W12, jadi 'abang besar'

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bentley Ultra Performance Hybrid 2024
Bentley Ultra Performance Hybrid 2024
Pengeluar kereta berprestasi dan mewah semakin giat menawarkan kenderaan elektrifikasi.

Satu persatu mengumumkan penamatan enjin pembakaran dalaman (ICE) tanpa kacukan perkakasan elektrik.

Terbaru Bentley memperkenalkan rangkaian kuasa V8 bagi menggantikan enjin ikonik W12. 

Bukan hibrid biasa, rangkaian kuasa baharu itu cenderung kepada prestasi dan menghasilkan kuasa paling tinggi yang pernah ditawarkan pada kenderaan Bentley.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Bentley Ultra Performance Hybrid 2024

 

Rangkaian kuasa itu juga akan menjadi paling dinamik, responsif dan sistem paling cekap dalam sejarah Bentley dan sesuai sebagai kereta super harian generasi baharu.

Namanya sendiri melambangkan prestasi iaitu Ultra Performance Hybrid dan menyambung tradisi Bentley yang melengkapi ICE dengan kuasa tambahan bagi meningkatkan prestasi.

Bentley telah menggunakan pengecas lampau pada tahun 20-an dan pengecas turbo sejak 80-an sehingga kini.

Bentley juga mempunyai rangkaian kuasa hibrid melalui enjin 2.9 liter turbo V6 untuk Flying Spur dan  3.0 liter turbo V6 pada Bentayga.

 

Bentley Ultra Performance Hybrid 2024

 

Sistem baharu ini dibangunkan dari rangkaian kuasa hibrid sedia ada dan dipertingkatkan untuk prestasi dan kecekapan. 

Kuasa dihasilkan lebih 750 ps dan jarak pemanduan elektrik sehingga 80 kilometer (km). Angka itu 91 ps lebih berkuasa daripada Flying Spur dan GT Speed dengan enjin W12.

Enjin W12 6.0 liter turbo berkembar bakal ditamatkan pada musim panas ini (Jun - September) dan dalam tempoh lebih dua dekad sebanyak 105,000 buah enjin dihasilkan.

Enjin Ultra Performance Hybrid mengambil alih tugas sebagai 'abang besar' rangkaian kuasa Bentley dan akan menguasakan kenderaan elektrifikasi mewah berprestasi terbaik di dunia.

 

Bentley Ultra Performance Hybrid 2024

 

Peralihan begini sukar dielakkan dan sebelum ditamatkan sepenuhnya, pelanggan masih mempunyai kesempatan untuk memiliki Bentley dengan enjin W12 dan V8 tanpa hibrid.

Bentley juga akan mengotakan janji bahawa setiap model mempunyai pilihan rangkaian kuasa hibrid.

Lebih banyak perincian tentang rangkaian kuasa baharu akan didedahkan dalam minggu-minggu mendatang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bentley Ultra Performance Hybrid 2024

 

Baca:

Bentayga Apex Edition by Mulliner, 20 buah terhad, rim karbon!

Bentley Bentayga S Black Edition, gelap lawan terang, 4.0 V8 dan 3.0 V6 hibrid