Namun, jika anda mahu sebuah motosikal Yamaha GT80 Enduro tahun 1978, anda tidak perlu berbuat demikian.
Ini kerana untuk membawa pulang motosikal retro Yamaha itu, anda hanya perlu membeli sebuah lagi trak pikap Toyota Hilux SR5 1985 yang tampil dengan liveri bertemakan retro.

Toyota Hilux 1985 itu menampilkan liveri grafik Ivan 'Ironman' Stewart, di mana pemiliknya mendapatkan trak ini pada tahun 2017 dan mula menjalankan modifikasi termasuklah memasang rim aftermarket dan tayar BFGoodrich.
Untuk ruang kabin, sistem pendingin hawa juga telah dibaiki semula, diikuti dengan penyerap hentak dan juga bateri.

Anda boleh lihat sendiri keadaan ruang kabin yang masih lagi utuh, dengan tempat duduk balutan fabrik dan vinil, pemain CD Kenwood, serta kehadiran meter tambahan di bahagian tengah (inclinometer dan altimeter).
Hilux 1985 ini datang dengan enjin 2.4 liter karburetor yang mampu menghasilkan 110 kuasa kuda dan 187 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan empat roda, transmisi manual lima kelajuan dan transfer case jenis dual-range.
Ruang belakang trak pikap Hilux ini ternya mampu untuk memuatkan sebuah Yamaha GT80 Enduro tahun 1978 yang dikuasakan oleh enjin dua lejang 72 cc dan kotak gear empat kelajuan.

Menurut keterangan di Bring A Trailer, motosikal merah ini mendapat kelengkapan seperti sistem pancitan minyak Autolube, penyerap hentak berkembar di belakang, serta sistem brek dram depan dan belakang.
Malah, motosikal ini sebenarnya sekadar mencatatkan jarak perbatuan 1,200 batu sahaja (1,931 km)!

Setakat artikel ini ditulis, harga bidaan untuk pakej trak pikap dan motosikal retro tersebut bernilai $40,000 (RM168,180) dan bidaan bakal tamat dalam tempoh 16 jam sahaja lagi.
Sumber: Bring A Trailer