Beli model mainan untuk bantu perkhidmatan pos US

oleh HEZERI SAMSURI|
Majoriti rakyat Amerika Syarikat memang sangat patriotik sebenarnya.

Contohnya, apabila perkhidmatan pos rasmi atau US Postal Service (USPS) berada di dalam masalah kewangan, rakyat negara itu membeli stem-stem untuk membantu USPS agar boleh diselamatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, minggu lalu pihak media US melaporkan bahawa USPS dalam keadaan kewangan yang sangat serius kerana perniagaannya turun satu pertiga akibat coronavirus.

Prestasi perniagaan USPS dijangka akan terus jatuh kepada 60 peratus pada akhir tahun ini akibat kelembapan ekonomi.

Berita ini ditambah lagi dengan ugutan Presiden Donald Trump yang hendak menggunakan kuasa vetonya membatalkan pakej rangsangan ekonomi coronavirus sebanyak US$2 trilion jika ia digunakan untuk menyelamatkan USPS.

 

 

Ini menjadikan lebih ramai rakyat US yang prihatin membeli lebih banyak stem dari pejabat pos mereka dengan harapan dapat membantu perkhidmatan pos negara itu keluar dari kemelutnya.

Pengarang urusan laman web Jalopnik, Erin Marquis bagaimanapun berpendapat selain dari stem, rakyat US boleh membeli sesuatu yang lebih seronok untuk dikumpul - model kenderaan USPS dahhulu dan sekarang pada skala 1:64.

USPS turut menjual model-model itu yang terdiri dari Jeep USPS tahun 1971, Ford Crown Vic Postal Police atau trak kargo USPS.

USPS juga ada menjual model Ford Mustang yang menarik untuk mereka yang mahukannya.

Mainan itu mungkin tidak begitu menarik tetapi semangat mahu membantu agensi pos negara mereka ini memang boleh dicontohi.

* Laporan asal dari Jalopnik

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Berita Domestik
  Bas InterCity Coach adalah jenis dua tingkat di mana motosikal disimpan di tingkat bawah…
Berita Domestik
Satu Simposium Keselamatan Jalan Raya bagi Industri Pos, Kurier dan Logistik (POSCAL) 2019 telah…