Bas InterCity Coach tawar khidmat pos motosikal bersama penumpang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pernahkah anda mahu menghantar motosikal merentasi negeri? Contohnya tinggal di Kedah dan belajar di Kuala Lumpur atau menerima tawaran kerja di Melaka sedangkan anda tinggal di Perlis. Atau anda mahu tinggal dalam tempoh seminggu di ibu kota tetapi mahu menggunakan motosikal sendiri.

Lazimnya jika mahu menghantar motosikal merentasi negeri begini khidmat yang digunakan ialah melalui kurier. Sekarang anda mempunyai pilihan untuk menghantar motosikal menggunakan bas InterCity Coach.

Paling menarik dengan sedikit tambahan tambang anda boleh menaiki bas yang sama menuju ke destinasi pilihan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
InterCity Coach

 

Bas InterCity Coach adalah jenis dua tingkat di mana motosikal disimpan di tingkat bawah manakala penumpang pula selesa ditempatkan di tingkat atas.

Khidmat penghantaran yang disediakan tidak terhad kepada motosikal malah merangkumi basikal, bungkusan, dokumen dan pelbagai jenis barangan.

Untuk destinasi pula, khidmat InterCity Coach meliputi bandar-bandar utara seperti berikut:

  • Perlis, Changlun, Jitra, Alor Setar, Pendang, Gurun, Kota Sarang Semut, Guar Chempedak, Sungai Petani, Butterworth, Prai sehingga ke kawasan tengah seperti Hentian Duta, Terminal Bas Bersepadu, Shah Alam, Kajang, Seremban dan Melaka

Mengenai kadar penghantaran, motosikal dengan kapasiti enjin 135cc dikenakan bayaran RM160 dari Perhentian Duta ke Sungai Petani dan hanya tambahan RM10 untuk penumpang. Dari Alor Setar ke KL pula berharga RM160 untuk motosikal 149cc dan RM175 sekali dengan penumpang.

 

InterCity Coach

 

Bagi destinasi jarak jauh dan motosikal dengan kapasiti enjin lebih besar, contohnya dari Melaka ke Kangar dengan skuter 155 cc, cas yang dikenakan ialah RM210 manakala tambang penumpang ialah RM62. Jika motosikal 155cc sahaja cas yang dikenakan ialah RM240

Selain itu, InterCity Coach turut menawarkan kemudahan sambungan WiFi berkelajuan tinggi dan soket AC di setiap kerusi. Khidmat begini bagus di mana pemilik atau wakil penumpang boleh memerhatikan sendiri motosikal dan juga boleh turut sama sampai ke destinasi berbanding kaedah penghantaran lain.

Kepada yang berminat untuk menggunakan khidmat penghantaran motosikal dan mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh membuat panggilan ke talian 04-733 8688 atau ajukan ke laman Facebook di pautan ini

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Nota: Kadar pengangkutan tertakluk kepada syarikat

Sumber: Laman Facebook InterCity Coach