Bekerja sendiri boleh mohon kebenaran rentas daerah dan negeri

oleh SALINA JALIL|
Individu yang bekerja sendiri boleh memohon surat kebenaran di balai polis untuk pergerakan keluar daerah atau negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat kebenaran itu akan memudahkan pergerakan dan urusan mana-mana individu sewaktu ditahan di sekatan jalan raya (SJR).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Jadi perlu ke balai polis, dapatkan surat kebenaran pergerakan. Saya faham mereka tidak mempunyai majikan, jadi tiada siapa dapat sahkan mereka bekerja di mana-mana syarikat.


“Nasihat saya, pergilah ke balai polis. Ini cara paling sesuai,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

 

Ismail Sabri turut berkata, sebanyak 293 SJR turut dilaksanakan semalam.

 

Katanya, seramai 553 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 532 daripada mereka dikompaun manakala 21 orang ditahan reman.

 

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (153), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan (165), penjarakan fizikal (87), premis beroperasi lebih masa (37), aktiviti di pusat hiburan (18) dan lain-lain (93).


 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…