Sebagai contoh Volkswagen melengkapi Golf (Eropah) dengan beg udara di bahagian tengah.
Masih ada ruang untuk beg udara dan di mana pula bahagian tengah? Beg udara tersebut dipasang pada bahagian sisi kerusi pemandu atau di atas perehat tangan.
Apabila berlaku kemalangan dari pintu pemandu, beg udara akan dilepaskan dan melindungi penumpang di sebelah.
Secara umum, beg udara tengah dipasang supaya kepala pemandu dan penumpang sisi tidak terhantuk di antara satu sama lain semasa kemalangan dari tepi.
Golf di pasaran sekarang bukan model baharu dan ujian pelanggaran Euro NCAP yang dibuat pada tahun 2019 mencatatkan skor lima bintang.

Pada tahun ini Golf dengan beg udara tengah diuji dan hasilnya juga lima bintang.
Prosedur Euro NCAP sebenarnya sudah berubah sejak 2020 (lebih ketat) dan keputusan terbaru ini adalah suatu yang positif.
Daripada 21 ujian keseluruhan, 14 daripadanya dibuat mengikut prosedur baharu.
Walaupun berubah, keputusan ujian terdahulu masih terpakai untuk tiga tahun lagi dan keputusan Volkswagen untuk menghantarnya ke Euro NCAP pada tahun ini layak dipuji.

Selain beg udara tengah, Golf terbaru ini juga dilengkapi penegang tali pinggang keledar bahagian peha pada kerusi depan sebagai ciri standard.
Untuk bahagian Perlindungan Penumpang Dewasa, Golf mencatatkan markah 88 peratus dan bahagian lain turut memperolehi keputusan yang baik.
Berikut adalah markah yang dicatatkan oleh Volkswagen Golf versi terbaru:
- Perlindungan Penumpang Dewasa: 87 %
- Perlindungan Kanak-Kanak: 87 %
- Sistem Bantuan: 79 %
- Perlindungan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal (AEB): 74%
Penulis: Muhammad Md Tajudin