Beam Mobility buka Gudang Sentral baharu, bakal luaskan operasi di seluruh Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat perkhidmatan mobiliti mikro, Beam Mobility Malaysia kini meluaskan pelaburannya di Malaysia melalui pelancaran gudang sentral baharunya bertempat di Subang Jaya, Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gudang sentral baharu milik Beam Mobility itu memiliki keluasan 8,000 kaki persegi dimana ianya akan menjamin bekalan yang stabil bagi bateri-bateri bercas penuh serta penyelenggaraan perkakasan untuk skuter mereka.

 

2

 

Gudang sentral itu juga akan berfungsi sebagai hab pengedaran, baik pulih, dan ujian perkakasan yang utama di Malaysia.

Selain itu, ia juga akan menjadi hab utama bagi menerima penghantaran dari luar negara dan bagi penghantaran alat ganti ke gudang-gudang Beam yang lain di seluruh Malaysia.

 

3

 

Gudang baharu itu akan dikendalikan oleh penyelia dan juruteknik Beam yang akan membantu pengoperasian mereka, pembukaan gudang itu sekaligus dapat memberikan peluang pekerjaan yang baru.

Gudang sentral itu membolehkan mereka menservis 30 buah e-skuter Beam setiap hari secara purata untuk memastikan e-skuter tersebut dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.

 

4

 

Hal ini kerana setiap e-skuter Beam didatangkan dengan pelbagai teknologi yang memerlukan penyelenggaraan secara berkala untuk mengekalkan kondisi terbaik.

Bagi membantu perkara tersebut, setiap e-skuter Beam dilengkapi dengan GPS IoT dan sebuah sistem khas untuk membolehkan Beam memantau kenderaan berkenaan, yang akan menggera pasukan Beam jika ia perlu diselenggara.

 

5

 

Peranti IoT ini membolehkan Beam mengenal pasti lokasi e-skuter yang memerlukan perhatian, serta memberi keupayaan untuk menyahaktifkan ketersediaan e-skuter berkenaan melalui aplikasi Beam.

Sehingga kini, Beam telah meluaskan operasinya ke beberapa bandar utama di Malaysia sepeti Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan dan Langkawi bagi memberikan pengalaman mobiliti mikro kepada orang ramai.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memanfaatkan saiz e-skuter yang mudah diakses, lebih ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya…
Berita Domestik
Ia dilihat sebagai pengenalan kaedah bagi mempunyai potensi untuk mereka bentuk semula sepenuhnya…
Berita Domestik
Beam menyatakan perasaan lega kerana tiada orang yang tercedera dalam kejadian itu, dan mereka akan…