Bayar RM35 untuk pasang RFID selepas 15 Februari

oleh HEZERI SAMSURI|
Touch 'n Go bakal meluaskan penggunaan RFID kepada laluan-laluan tol sistem bertutup pada 1 April kelak.

Sekarang ini, sistem RFID hanya boleh digunakan di laluan tol dengan sistem terbuka (bayaran tol tetap) yang banyak berada di kawasan ibukota.

Touch 'n Go juga bakal melebarkan jaringan penggunaan RFID untuk parkir kenderaan pada suku ketiga tahun 2020 sementara stesen minyak pula akan menggunakan RFID bermula pada suku keempat tahun ini juga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak cukup dengan itu, Touch 'n Go juga mahu memperkenalkan sistem RFID di lorong pandu lalu di restoran-restoran makanan segera seawal tahun 2021.

Buat masa sekarang, RFID hanya boleh disambungkan kepada akaun TNG eWallet tetapi menurut pemilik Touch 'n Go, CIMB, ada perancangan untuk membenarkan pengguna menyambungkan RFID mereka terus kepada kad kredit atau kad debit.

Paling penting, pemasangan RFID secara percuma sekarang bakal berakhir kerana Touch 'n Go akan mengenakan bayaran RM35 untuk setiap pemasangan bermula pada 15 Februari ini.

Seperti biasa, perbandingan harga pemasangan itu lebih murah jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Singapura, Taiwan dan Australia.

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…