Bas sekolah percuma di kawasan bandar Sarawak

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM5 juta bagi menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma di kawasan bandar.


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sebagai permulaan perkhidmatan bas sekolah percuma disediakan di Kuching dan Padawan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Hari ini, perkhidmatan bas sekolah percuma menjadi kenyataan dan inilah antara inisiatif kerajaan negeri untuk mensejahterakan rakyat dan mempertahankan keadilan sosial di negeri ini," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan perkhidmatan bas sekolah percuma di Kuching, semalam.

 

Sebagai permulaan, 46 bas menyertai program perkhidmatan bas sekolah percuma yang dikendalikan Yayasan Sarawak.

 

Ia menyediakan perkhidmatan kepada murid di 32 sekolah di sekitar Kuching dan Padawan.

 

Abang Johari berkata, perkhidmatan itu akan diperluaskan ke bandar besar lain antaranya Sibu dan Miri.

 

"Kuching sebenarnya adalah kawasan ujian dan selepas perkhidmatan bas sekolah percuma berjaya, kita akan memperluaskannya ke Miri dan Sibu.

 

"Untuk lokasi lain peruntukkan sama akan dikeluarkan," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat…
Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Kata beliau, pihaknya mahu lebih kepada usaha advokasi atau pendidikan berbanding tindakan…